Mukadimah

Blog ini diwujudkan sejak bulan September 2008.Ia dikendalikan sepenuhnya oleh penulis.Niat yang terdetik untuk menghasilkan blog tercetus apabila melihat banyak perkara yang boleh dicapai melalui penghasilan blog.Selain dapat berkongsi pemikiran,idea dan pendapat,blog juga dapat melatih individu untuk menghasilkan penulisan-penulisan yang baik.Namun,apa yang lebih penting daripada itu,blog ini jika diuruskan dengan sebaik mungkin,ia mampu menjadi wadah kepada penyebaran dan perkembangan dakwah kepada masyarakat.

Blog ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pembaca melalui artikel-artikel ilmiah yang diambil daripada pelbagai sumber,serta penulisan mingguan, catatan atau diari penulis sendiri sepanjang berada di bumi Mesir.Semoga blog ini mampu menjadi medium dakwah dan memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelawat.

Dialu-alukan kepada semua pelawat untuk mengambil mana-mana maklumat yang bermanfaat yang ada dalam blog ini dan disebarkan kepada orang lain .Diharapkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan dapat diberitahu segera kepada penulis.Lebih-lebih lagi maklumat mengenai ilmu agama kerana memandangkan keterbatasan ilmu penulis dalam penguasaan bidang agama secara mendalam.

Sesungguhnya saya tidaklah mengharapkan apa-apa pujian,habuan,hadiah daripada penulisan ini sebaliknya hanyalah mendambakan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. atas usaha yang kecil ini.Amatlah rugi bagi mereka yang beramal hatta seberat gunung tetapi tidak ikhlas kerana Allah s.w.t.Sebagaimana hadis yang sangat masyhur diriwayatkan oleh al-Imam Bukhori dan Muslim rahimahumallah,Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu adalah berdasarkan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan”.

Akhir kata,segala komen dan teguran yang membina mengenai blog ini boleh diajukan terus di ruangan komen atau hantarkan emel di a_marzuki_26@yahoo.com.

21 Responses to Mukadimah

  1. aNaH ~[+.+]~ says:

    salam..
    majulah juki utk agama..hehs..nice blog..duno wut to komen..nway i think diz is reli a gud medium for a person lyk me, dat luv to on9 for nearly 24hrs but yet still get useful input..esp in the aspect of rohaniah..
    thx for promoting it to me..n i luv dat novel~
    keep it updated,cuz i reli looking forward for more interesting input lyk these..
    dats all..
    ~peace~

  2. drmarzuki says:

    wmslm.thanks for ur visit.insya ALLAH with the god’s permission i’ll try to update my blog at least one time per week.but for now,may be one time per 2 day.he2..after this,i’ll try to write my own articles.may ALLAH give me the strength to do that.finally,thank u again for ur visit to my blog.please come again.he2..WALLAHUALAM.

  3. n@sYw@ says:

    salam….dr.marzuki
    good job!!! such an interesting blog..
    what 2 say ha?? no ideas..
    well…juz 2 say that..keep on moving!
    insyaallah..i’ll alwayz spend some time 2 read ur blog.
    da lme x bace mende2 b’faedah cm ni..
    thanx ya..
    majulah juki utk agame!!!!
    [T,T]..

  4. drmarzuki says:

    wmslm.thanks for u too dr nasywa for visiting my blog.insya ALLAH with the God’s permission,i will keep this blog updated..finally,hopefully,u can come again.he2.WALLAHUALAM.

  5. atiqahH says:

    aslmwbt
    this is interesting. i like that you post selected ruhiyyah articles here. keep the post coming. i’ll be looking forward for an original one from you.
    nice one, marzuki.
    p/s: in the making of a real doctor, hehe

  6. drmarzuki says:

    wmslm..thank u for ur visit n comment,dr atiqah..insya ALLAH i will post my real original one article soon.may ALLAH give the strength..because writing article for me is burden as i have to be accountable to any consequence of that article..lastly,thanks again for ur visit to my blog.please come again.he2.WALLAHUALAM.

  7. CG WAN MAHMUD says:

    Selamat berangkat ke Mesir dan jadilah insan yang Quranic,Ijtihadik dan ensiklopedik mengikutnacuan Islam yg tulen.Ada masa di sana ziarahilah makam as-Syahid Imam hassan al-Banna, tokoh yang setiap nafasnya berjuang untuk Islam.Saya amat mengkagumi insan ini dan membaca setiap tulisannya membuat air mata menitis tanpa di sedari .kedhaifan yang ada pada saya membuat saya tak mampu ke luar negara hatta di Mekah.Namun hasrat saya dapat disambung oleh anak2 murid saya.Tapi awas….dengar cerita ramai SB Mesir di sekitar makam al-marhum.Salam untuk semua dan teruskan mengaktif blok ini,kerana setipa masa yang diluangkan adalah jihad.Insya Allah!!!!

  8. drmarzuki says:

    Syukran kathir cg..Insya ALLAH mudah-mudahan ALLAH memberikan kekuatan kepada ana untuk menyambung perjuangan dakwah Islam yang tidak akan selesai sehingga hari kiamat ini.AMIN..”WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI,TETAPKANLAH HATIKU INI ATAS AGAMAMU”

  9. CG WAN MAHMUD says:

    Assalamu alaikum,
    syukur kerana Marzuki dah selamat sampai.Moga gigih belajar utk jadi Doktor yang beriman dan memperjuangkan Islam.Susah juga nak lawati web ni.kerapkali dia kata CANNOT FIND SERVER.Salam ke Hazwan,Ihsan,Shafei dll.Yang tak tersebut nama,sya mintak maaf byk2 tapi semua anak murid saya saya doakan agar berjaya dan bahagia dunia dan akhirat setiap kali saya berdoa…………….
    Saya bangga dengan anda semua…mudah2an dengan panduan al-Quran dan sunnah jadi manusia yg beresmikan padi,makin berisi makin tunduk,Kami guru2 di SBP semua sihat.Jumapa semula dan belajar molek semua!!!!!

  10. dr 2b says:

    salam kie..
    beres kie… such a very article.. mlek2..
    kawe stuju bena ngn demo..
    bekki diri kito dulu..
    jaminan ALLAH pasti..
    keep on ur good work kie..
    we r supporting demo..
    haha..
    hidup warga BRAINS..

  11. sahabatmu di malaysia says:

    Salam….firstly,ana nk ucpkan MABRUK ALAIK coz bjya mghsilkn blog ini.TAHNIAH skali lagi.ana doakn smga anta dpt mghbiskn stadi kt bumi msir dgn hti yg tbah dn bjya mcpai apa yg d hjti.AMIN…thanks coz byk bntu ana slma ni terutamanya dlm stadi.klah,steady n senyum sokmo…UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA….

  12. sunan_haryani says:

    salam..blog yg mantop..hehe..mcm ayt ustaz zamri..dlm mari mengaji..hehe..pe pun,blog ni memang islamic n pnuh dgn unsur2 agama..b’guna la bg studentz cm sy nie.hehe..trus berjuang untuk islam..

  13. wan mahmud says:

    sdr marzuki,
    minta usahakan buat YM Mesengger group dan kita daftarkan e-mail kawan2.Ianya lebih ringkas dan kita sentiasa tahu pkembangan kawan2 samada sihat,sakit,musibah danlain-lain.Ianya ringkas mcm surat,kalu blog ni kadang saya takde masa nak buka.masalah connection lambat pun satu hal TQ

  14. abu ridhwan says:

    Salam ziarah dan ukhwah..Semoga istiqamah dalam jalan dakwah & tarbiah..

  15. EEFFAH says:

    salam…
    saya bukan xmo bgtaw, tp malu la ngan juki. blog awk berilmiah dari saya.huhhu..agpun, perkongsian saya x seberapa, lebih kepada catatan pengalaman, suka duka perjalanan hidup dalam mengharungi dunia yg penuh mehnah dan tribulasi ni. papepun, saya doakan yg terbaik utk awk. salam dari bumi malaysia^^

  16. aisyah says:

    salam…

    bgsnye juki…sgt aktif blogging…
    truskan usaha=D

    • drmarzuki says:

      wmslm.tlg doakan biar juki trus istiqamah.sbb nk trus istiqamah aktif ni bnda yg agak ssh.nk tulis satu2 pnulisan mmrlukan masa.tpi klau pnulisan yg mngutuk,mrepek,perihal diri mmg snang la..pnulisan juki mmg agak skema tpi yg pnting smoga smua dpt manfaat.slmt mnmpuh fatrah imtihan!

  17. hafizulfaiz says:

    salam..blog yang menarik..teruskan usaha..
    ana dari medic india..

  18. Abe Yik says:

    Salam…mantap2 blog ki…nanti boleh jenguk2 blog abe yik…baru buat jah

  19. guardian_AQ says:

    a great person you are. hopefully, the land of anbiya will produce more professional muslim like you. thank to God that you got the chance to. pray for all of you brother also, so that they could be, a person, a muslim like you. keep up with the good work.well done.may Allah bless you and damily dr. marzuki.wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: