Buat Peminat Ramlee Awang Murshid,Novelis Thriller No Satu Di Malaysia

Novel terbaru beliau berjudul Hijab Sang Pencinta,novel trilogi pelengkap kepada Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.Berikut ialah sinopsisnya:

“RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA – pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…”

Harga : RM 19.90
Halaman :520Boleh didapati di pasaran sekarang atau layari laman web http://www.alaf21.com.my/ untuk tempahan online.

8 Responses to Buat Peminat Ramlee Awang Murshid,Novelis Thriller No Satu Di Malaysia

  1. aemie says:

    Alhamdulillah……akhirnya sy berjaya menghabiskan pembacaan ‘HIJAB SANG PENCINTA’ tahniah RAM, novel ini sungguh menarik, elemen agama tetap diselitkan, ini menjadikan novel ini bertambah menarik..

  2. ballack says:

    woiiiiiiii…,mmg mantap cter ni…hahahahah

  3. hana says:

    salam.. sy baru je fbs baca ungu karmila.. tak baca gi hijab sang pecinta.. memang susah nak cari novel ramlee awang murshid skrg ni.. lama gak sy tgu keluaran terbaru.. pe pun tahniah pd penulis sb hslkn cerita yg berbeza dari pemikiran penulis yg lain

  4. fatin nur syahirah says:

    dah lama sy cari novel hijab sang pencinta..hampir semua kedai buku kat malaysia ni sy explore..last sekali jumpa jugak kat popular mesra mall,kemaman..sy baca ungu karmila..best la jugak..tp tak sebest hijab sang pencinta..congrate sbb buat citer yg lain dr org lain..unsur agama + dgn aksi yg hebat,itu lah favourite sy..sy hrp kata-kata sy dpt burning up semangat awk utk terus melangkah..keep being the best triller novelist of malaysia..

  5. SU says:

    saya sangat meminati karya ramlee awang murshid dan telah membaca semua novel beliau. memang mengagumkan. tahniah

  6. Mursyid Semat says:

    Salam Juki!!!
    weyh, aku dah smpai blog ko nih,
    xnak jamu apa2 ke?

    Hady, aku tau la ko dah baca cite tuh,
    senyap2 Sudah!
    HAHAHA!!!

  7. faerZ says:

    salam…….

  8. oyen says:

    tahinah kpd ketiga-tiga novel Laksamana Sunan.sangat memberi kesan yang mendalam dr segi mental n fizikal.siap terbawa-bawa sampai tido…hahaha….penuh dgn ilmu-ilmu yg x diperolehi dlm silibus kt universiti..harap novel2 akan datang lebih hangat dr biasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: