Mudahnya Mencari Isteri Solehah

”Sukar betul nak mencari isteri yang solehah,” luah seorang pemuda selepas kami sama-sama menghadiri Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.

”Macam mencari gagak putih,” tambahnya.

“Agaknya, memang dah jadi hukum dunia, yang berharga itu susah mendapatkannya,” katanya lagi sambil merenung muka saya. Agaknya, dia cuba mengundang respons saya. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya, saya bertanya.

”Belum lagi…”

”Kenapa?”

Dia pula tersenyum.

”Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.

Lewat Tiga

”Kira-kira saya dah lewat tiga ni,” katanya sambil menjeling saya, ”Lewat tiga tahun!”

Saya kehairanan.

”Saya dah 28 tahun. Umur ideal untuk kahwin kan 25 tahun? Saya dah terlajak tiga tahun.”

”Oh, gitu… biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi. Seronok, berbual dengan pemuda ceria sepertinya.

”Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang.”

”Kalau tak jumpa, macam mana?”

”Tulah yang saya pening ni. Adakah syarat-syarat saya ni terlalu sukar dipenuhi?”

”Apa syaratnya?”

”Syarat-syarat wanita solehah… mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…”

”Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.

Ukur Taqwa

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertaqwa,” katanya lagi.

”Macam mana pula nak ukur taqwa tu?” tanya saya.

“Tu yang pening. Taqwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nakkan juga isteri yang solehah, isteri yang bertaqwa!”

”Nak tak kalau saya bagi tip mudah bagaimana nak dapat isteri yang solehah?” pelawa saya.

”Adakah cara mudah? Tak percaya pula saya.”

“Tak payah susah-susah nak ukur, telek, nilai dan kaji orang lain….,” ujar saya lagi.

“Tak payah nak teropong taqwa dan iman di dada orang lain…,” tambah saya.

Dia semakin hairan.

Ada Cara Lain

“Saya tak faham. Macam mana kita boleh memilih calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itu kan panduan dari hadis?”

“Itu satu cara. Tapi ada cara lain yang juga menggunakan prinsip yang sama.”

“Apa caranya tu?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami yang soleh!” tegas saya.

Dia terdiam sejenak. Belum sempat dia bersuara, saya susuli dengan penjelasan:

“Cuba cari ciri-ciri suami yang soleh… Bina semua tu dalam diri kita. Bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh. Kemudian muhasabah pula soal hati…. ukur iman dan taqwa kita.”

“Nak ukur iman dan taqwa kita… susah tu. Itu soal maknawi!”

“Tapi itu jauh lebih mudah daripada nak mengukur iman dan taqwa orang lain…”

Dia mengangguk-angguk.

Lebih Tepat

“Alhamdulillah, tersingkap satu dimensi lain dalam usaha saya mencari isteri yang solehah. Tapi apa jaminan cara ni lebih cepat?”

“Saya tak maksudkan lebih cepat, tapi mungkin lebih tepat. Sebab cara ni ada kelebihannya…”

“Apa kelebihannya?”

“Sebab semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita membina sifat-sifat lelaki soleh… Lebih cepat kita meningkatkan iman dan taqwa… maka lebih cerahlah peluang untuk mendapat isteri yang solehah. Semuanya atas usaha kita terhadap diri kita sendiri. Kalau cara dulu tu lebih tertumpu pada diri orang lain…”

“Jaminan seratus-peratus?”

“Mana ada jaminan macam tu? Insya-Allah. Kan jodoh pertemuan di tangan Allah?”

”Yalah itu, saya tahu… tapi sekadar memastikan.”

”Bukankah Allah dah jamin lelaki yang mukmin untuk wanita yang mukminat? Lelaki yang soleh akan bertemu jodoh dengan wanita yang solehah? Insya-Allah.”

Terlalu Ideal

”Habis sekarang ni saya terpaksalah hentikan usaha mencari wanita solehah demi berusaha menjadi lelaki yang soleh, gitu?”

”Tak gitu. Cuma lebihkanlah usaha menjadi lelaki yang soleh. Sambil tu teruskanlah juga pencarian menjejaki isteri yang solehah.”

”Baik juga cara ni. Serampang dua mata,” katanya.

”Satu lagi…pesan saya, berpada-padalah dengan piawaian solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi, nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap yang sederhana.”

”Maksudnya?”

”Jangan terlalu ideal menilai calon isteri. Justeru sifat-sifat solehah itu sesuatu yang ’on going process’. Maksudnya, dibina secara berterusan. Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sedikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti, tahap solehahnya boleh dipertingkatkan lagi.”

Mudah Bukan Untuk Dipermudah

”Boleh lebih kuranglah ya?”

”Bukan begitu maksudnya. Panduan dan ajaran Islam ini mudah tetapi itu bukan alasan untuk dipermudah-mudahkan.”

”Apa kaitannya itu dengan apa yang kita bincangkan ni?”

”Begini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan taqwa diri. Letakkan piawaian yang tinggi buat diri sendiri. Bukankah lelaki yang nantinya akan menjadi pemimpin isteri dalam rumah tangga? Sebaliknya, permudah dan rendahkanlah sedikit penilaian terhadap calon isteri, dengan perkiraan nanti dia boleh dibentuk lagi setelah menjadi isteri kita…”

”Oh, saya faham…”

”Baguslah kalau begitu. Sayangnya, kebanyakan lelaki menilai sebaliknya… Untuk dirinya dinilai dengan piawaian soleh yang rendah, tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan piawaian solehah yang tinggi… Itu silap.”

”Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba jua nanti.”

”Amin… tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri!”

12 Responses to Mudahnya Mencari Isteri Solehah

  1. hehe,,, says:

    tak mo kawen….haha~~

  2. drmarzuki says:

    x mlek tu..kawin tu sunnah nabi..nk mramaikan lgi umat ISLAM atas muka bumi ni.tpi ni just pringatan jer..ana tau enta gurau jer..

  3. sslrandomseed says:

    Assalamualaikum,
    Bagus kisah dan tauladan yang ente paparkan ni.
    Selalunya kita memang hipokrit.
    Yang lelaki nak perempuan yang terbaik
    Yang perempuan nak lelaki yang terbaik.
    Padahal diri sendiri tahap jauh bawah standard.

    Ibu Bapa pun tak kurang hipokrit juga.
    Cari menantu nak yang terbaik.
    Tak malu yang diri sendiri dan anak mereka tu
    banyak yang kurang.

    Penyakit memandang diri sendiri bersih dan mulia ni
    memang penyakit besar.
    Setinggi tinggi pangkat Iblis
    Boleh jadi laknatullah sebab penyakit yang sama.

    Marilah sedara sedari dan mak bapak sekalian,
    Suluh diri sendiri kalau-kalau terkena penyakit Iblis ni.
    Permudahkanlah perkahwinan.
    Jangan ikut penilaian hipokrit sendiri.

  4. drmarzuki says:

    wmslm.trima ksih kepada saudara sslrandomseed krn sudi mluangkan sdikit masa utk mlayari lm blog sy.salam ukhuwwah dri sy.bleh ana tau sape nama enta sbnrnya?dan ape pekerjaan enta buat skrg?

  5. mohd says:

    susah nak cari calon,cita2 nak cari calon isteri belajar kedoktoran n hafizah,cantik .emel saya usfadzil@yahoo.com.my

  6. ummuumar90 says:

    Salam..baru perasan enta ada letak artikel ttg ni..=)

    Kadang2 ramai yang xnak kawen ataupun lambat kawen asbab terlalu memilih..”dimand”..terms 2 bukan sj u muslimat tp muslimin pun sm..apa yang enta sebutkan kat ats 2 100% betul…
    Nak cari yang solehah kenalah jadi soleh dl dan sebaliknya..
    N nak katakan kat cni ramai yg beragama pun terlalu memilih..nak jugak yang setaraf dgnnya..kalo yang hafal Quran,nak jugak yang hafal Quran..yang doktor nak jugak yang doktor..n dll..tapi kita lupa suma e2 xmenjamin kebahagian..pada ana cukuplah sekadar yang sederhana..SEDERHANA 2 plak bukan lah yg hanya taw solat,pose..tapi yang sts bersederhana dlm segala hal..bukan kah bl dah m’dirikan Masjid ni akan saling melengkapi..
    Kita sts tertipu dgn nafsu sndr..
    kat Loh Mahfuz dah tercatat satu nama u stiap org..cumanya masa xtiba lg TP perlu ada usaha jugak bukan sekadar menunggu sj bak menunggu bulan jatuh ke riba..
    Pastikn Hablum Minallah kita ni benar2 mantap..barulah cari yang soleh/solehah 2..
    INSYAALLAH ALLAH AKAN PERTEMUKAN KITA DGN YG SELAYAKNYA..
    wallahu’alam..

  7. whitelily says:

    salam..
    sememangnya…segala komen yang dipamerkan bersesuaian…kerana dikaitkan dgn agama..saya pernah mendengar ahli bijak pandai berkata bhawa kita adalah cermin pada psangan diri kita sendiri..brmaksud sebagaimana kita bergitulah diri psangan kita..pganglh pda janji Allah s.w.t bhwa..p’puan yg baik adlah utk lelaki yg baik,b’gitu jga s’bliknya..jikalau kita m’dpat yang s’bliknya,anggaplah itu adalah dugaan..sesungguhnya Tuhan sama sekali tidak akan m’aniaya hamba2nya…

  8. nur dhuha says:

    assalamualikum….ana lewat 2 3 taun untuk mnjumpai artikl hebat ni…..perasaan pertama ps bca artikel ni…rasa sedih…ana dambakan seorang suami yg soleh…yg dapat memimpin tngan ana untuk menyelusuri kehdpan di dunia dan akn bersamanya di akhirat juga…tetapi diri sndiri masih belom layk untuk digelar solehah…tetapi insyaAllah ana akn menjadi seorg wanita solehah…ya Allah permudahkanlah…

  9. Nurul Iman says:

    Ya Allah…
    Tidak kupinta yang menawan
    Tidakku harap yang hartawan
    Bukan jua kerna kedudukan
    Cuma kuharap insan yang sepadan…
    Kasihnya Sejati…
    Bukannya keterpaksaan,
    Biarpun derita yang menjadi rintangan
    Ketulusannya yang tiada bandingan
    Tercipta ayu indahnya peribadi insan…

  10. ummi says:

    Assalamualaikum,

    tiba-tiba teringat kata-kata seorang sahabat yang baik agamanya. “suamiku dulu bersekolah agama, tapi solat jumaat pun duduk di rumah. bila diberi syarat untuk berubah dengan taat pada Allah, taat pada ibu bapa dan sayangi ahli keluarga aku, mudah sahaja jawapannya…maaflah sy tak dapat jadi macam itu.” semoga sahabat ku itu tabah membesarkan anak2nya. dugaan dan ujian Allah tiada siapa yang tahu.

  11. afeeq says:

    salam
    mohon share ye akhi🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: