Ayuh Kembali Kepada Matlamat Asal

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH Azza Wajalla kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada ana untuk merasai nikmat hidup atas muka bumi ALLAH ini.Nikmat ini merupakan antara nikmat terbesar ALLAH Azza Wajalla yang diberikan kepada hambaNya kerana dengan nikmat hidup ini diri ana serta diri antum yang sedang membaca artikel ini masih lagi mempunyai peluang untuk memohon keampunan kepada ALLAH(istighfar) serta bertaubat kepadaNya atas dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya yang kita lakukan saban hari sama ada dalam keadaan tidak sedar ataupun sedar bahawa kita semua sebagai hamba ALLAH akan kembali kepada Maha Pencipta segala makhluk suatu masa nanti.Sekiranya saat ini kita telah diqadarkan atau ditentukan oleh ALLAH untuk menamatkan perjalanan hidup atas dunia yang fana’ ini,maka tidak adalah lagi ruang dan peluang untuk kita untuk memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala-galanya menjadi sia-sia serta sudah terlambat untuk kita baru mengingati segala dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.Adakah umur ana selama hampir 18 tahun ini serta mungkin umur antum telah menjangkau puluhan tahun,merupakan suatu tempoh yang masih belum cukup untuk kita mengecapi segala nikmat yang ada atas muka bumi ini?Adakah tempoh umur yang diberikan kepada kita sehingga hari ini tidak sempat bagi kita untuk merenung serta muhasabah diri atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini?Adakah kita hanya ingin mengingati ini semua setelah melihat segala janji-jani ALLAH yang benar mengenai pembalasan atas setiap perbuatan di alam yang kekal abadi?Maka,tepuk dada,jawablah berdasarkan iman antum masing-masing.Firman ALLAH Azza Wajalla dalam al-Quran:

“Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh? Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.”(Surah Al-Munafiqun,ayat 10-11)

“Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya. Dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.”(Surah An-Naazi’at,ayat 34-36)

“Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa’at dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.”(Surah Al-Baqarah,ayat 48)

Alhamdulillah ana juga berasa bersyukur kepada ALLAH kerana diberikan kesempatan dan masa oleh ALLAH untuk menulis artikel buat kali pertama secara ilmiah.Artikel yang ana tulis sebelum ini iaitu yang bertajuk “AHLAN WASAHLAN ARDUL KINANAH FI HAYATI” merupakan satu artikel yang berbentuk santai, serta tidak mempunyai sebarang unsur ilmiah serta matlamat yang ingin dicapai melalui penulisan artikel tersebut.Ianya hanyalah sekadar satu perkongsian mengenai pengalaman pertama ana sebaik sahaja tiba di bumi Mesir ini.Beberapa pengalaman telah dicoretkan namun untuk merasai keadaan sebenar di Mesir adalah mustahil melainkan individu tersebut mestilah juga menjejakkan kaki di bumi anbiya dan bumi Firaun ini.Begitu juga dengan penderitaan-penderitaan yang dialami oleh saudara-saudari semuslim kita di negara-negara seperti Iraq,Afghanistan,Palestin,Kashmir(India) dan tempat-tempat lain yang belum kita ketahui mengenai keadaan sebenar kaum muslimin,kita mungkin mampu untuk menyelami serta memahami kesengsaraan dan penderitaan yang dialami mereka.Namun sebenarnya melihat penderitaan orang lain dengan merasai sendiri kesengsaraan tersebut amatlah berbeza dan tidak mampu ditafsir dan sukar untuk diterjemah.Bak kata pepatah Melayu,berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sejak ana tiba di bumi Mesir ini,ana merasakan semakin kekurangan masa untuk ana luangkan bagi mengaktifkan atau meng-“update” laman blog ini.Ini kerana selama 2 minggu ana berada di sini,banyak aktiviti yang telah dijalankan.Antaranya,beberapa hari lepas diadakan minggu orientasi bagi pelajar-pelajar baru perubatan Mesir di bawah tajaan JPA,MAIS serta pelajar persendirian yang berlangsung selama 3 hari dan dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir(PERUBATAN).Pada 20-22 hb Oktober ini akan diadakan lagi Kursus Kepimpinan dan Kerjaya yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) serta 24hb Oktober ini pula Majlis Sambutan Hari Raya bagi pelajar-pelajar Perubatan Mesir diadakan.Memang agak padat juga aktiviti ana pada bulan ini.Tambah lagi,buat masa sekarang ana masih lagi berada di Asrama Rumah Melayu atau juga dikenali Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah yang diletakkan di bawah Kedutaan Malaysia.Di sini,computer-komputer yang ada di cc tidak mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang ada di sini serta kemudahan Wi-Fi juga tidak disediakan di sini.Apapun,mudah-mudahan ALLAH memberikan kekuatan kepada ana untuk menjalani segala akitiviti yang disebutkan di atas serta mampu menempuh segala halangan dan dugaan di Mesir ini.Semoga segala aktiviti yang ana telah atau akan ana sertai dicatatkan sebagai suatu amalan yang menyebabkan ALLAH redha ke atas diri ana yang hina,daif,dan lemah ini.

MATLAMAT HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Firman ALLAH dalam al-Quran:

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah,ayat 30)

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”(Surah Ali Imraan,ayat 104)

Tiga ayat al-Quran di atas menjelaskan matlamat hidup kita sebagai hamba ALLAH yang beriman kepadaNya dan hari kiamat iaitu yang pertama adalah untuk beribadah kepadaNya.Ruang lingkup ibadah ini sebenarnya adalah amat luas.Ibadah yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran di atas bukan hanya merujuk kepada ibadah-ibadah khusus yang telah ditunjuk ajarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah,bahkan meliputi seluruh amalan kehidupan kita seharian.Hal ini sesuai dengan maksud Islam Ad-Din yakni Islam itu ialah cara hidup atau dalam Bahasa Inggerisnya “way of life”.Agama Islam yang dibawa oleh nabi kita Muhammad s.a.w. bukanlah suatu agama yang hanya bersolat siang dan malam di dalam masjid sahaja,ataupun berpuasa apabila tiba bulan Ramadan,membayar zakat apabila cukup syaratnya,ataupun menunaikan haji di Makkah Mukarramah apabila berkemampuan.Sebaliknya,agama Islam yang ditunjuk ajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih luas daripada ruang lingkup ibadah yang dinyatakan di atas.Agama Islam yang jika kita fahami secara betul-betul melalui al-Quran dan as-Sunnah,maka kita akan dapati bahawa Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan sama ada akhlak,ibadah,akhlak,ekonomi serta muamalah.Kesemua aspek kehidupan ini mestilah dilaksanakan serta dilakukan mengikut tunjuk ajar al-Quran dan as-Sunnah.Inilah sebenarnya maksud ibadah yang dinyatakan oleh ALLAH s.w.t di dalam al-Quran.Islam bukanlah seperti agama-agama lain seperti Kristian dan Buddha yang hanya mempunyai aspek ibadah di dalam gereja-gereja atau tokong-tokong serta kosong dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan manusia yang secara fitrahnya manusia memerlukan petunjuk dan panduan daripada Tuhan Yang Maha Mencipta Yang Menngetahu Segala Baik dan Buruk Bagi HambaNya.

Kedua,kita dihidupkan oleh ALLAH sebagai seorang manusia atas muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah.Mengikut apa yang fahami mengenai maksud perkataan khalifah ini daripada kuliah-kuliah yang saya hadiri atau dengari,menjadi seorang khalifah di muka bumi ALLAH ini adalah kita mentadbir serta mengurus dunia ini mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.Tanggungjawab ini bukan hanya ditaklifkan ke atas pemimpin tertinggi negara sahaja sama ada sultan,raja atau perdana menteri,ataupun hanya diletakkan di atas bahu mufti-mufti atau ustaz-ustaz,sebaliknya ianya merupakan tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh manusia-manusia yang mengaku beriman kepada ALLAH dan hari kiamat.

Akhir sekali,matlamat hidup kita sebagai seorang muslim ialah ‘amr bil makruf wa nahyu an munkar’ iaitu menyuruh kepada perkara yang makruf dan mencegah atas perkara mungkar.Ataupun dalam istilah yang lain yang lebih tepat dan ringkas iaitu dakwah.Tanggungjawab dakwah ini sebenarnya bukan bermula semasa Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hirak,ataupun tanggungjawab ini bermula apabila Ustaz Fathi Yakan menulis buku APA ERTINYA SAYA SEORANG ISLAM.Sebaliknya tanggungjawab ini bermula sejak dari awal penciptaan bapa kita lagi iaitu Nabi Adam a.s,seterusnya kepada Nabi Idris,Nuh sehinggalah kepada nabi yang terakhir,Nabi Muhammad s.a.w.Tugas dakwah ini berterusan kepada kita pada saat ini dan tidak akan berhenti sehingga tiba hari yang dijanjikan ALLAH sebagai hari kemusnahan dunia ini.Ruang lingkup dakwah ini sebenarnya amatlah luas kerana segala apa yang dilakukan untuk menyeru dan mengajak seluruh umat manusia untuk kembali dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melaksanakan apa yang disuruh olehNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya,kesemua itu dikira sebagai suatu usaha atau kerja dakwah.Artikel yang ana sedang tulis sekarang mudah-mudahan dikira sebagai suatu usaha dakwah dan diberi ganjaran oleh ALLAH kalaupun tidak di dunia ini,insya ALLAH di hari akhirat kelak.

Maka,setelah kita mengetahui dan memahami apa sebenarnya matlamat hidup kita sebagai seorang muslim,saya inging mengajak antum semua yang sedang membaca artikel ini supaya kembali memfokuskan segala aktiviti yang dijalankan seharian kepada matlamat-matlamat ini.Sebenarnya,ketiga-tiga matlamat ini ialah suatu matlamat yang besar dan berat untuk dicapai terutamanya matlamat yang ketiga iaitu dakwah.

Umat Islam pada hari ini dilanda pelbagai masalah dan ditindas secara sesuka hati oleh orang bukan Islam adalah disebabkan oleh mereka tidak mengetahui dan matlamat hidup mereka.Ataupun mungkin segelintir orang Islam yang tahu dan faham akan matlamat ini,tidak mensibukkan diri untuk melaksanakan segala aktiviti harian hidup untuk mencapai matlamat ini.Manusia apabila tidak mempunyai agenda atau matlamat yang utama dan penting,maka mulalah mereka memenuhi masa yang mereka miliki dengan perkara-perkara kecil yang tidak berfaedah bahkan merosakkan diri mereka sendiri.Entah berapa ramai orang Islam yang ada di atas muka bumi ini mencari hiburan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan atau karaoke,ataupun berapa ramai yang sanggup menghabiskan wang dan datang dari jauh semata-mata ingin melihat aksi artis kesayangan mereka atas pentas,ataupun entah berapa ramai yang menghabiskan masa di panggung wayang atau di cyber café dengan hanya ingin berchatting kosong dan melayari laman web seperti Friendster atau sekadar ingin mendengar lagu atau menonton filem kegemaran di You Tube.Semua yang disebutkan ini mesti direnungkan balik oleh kita semua selaku umat Islam.

Seorang pelajar yang mengetahui serta sedar bahawa peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada minggu depan,sudah tentu dan pasti akan merancang serta mengatur ruang masa yang ada sebelum menjelangnya peperiksaan tersebut dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan dirinya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.Pelajar yang biasanya bermain bola pada waktu petang akan sanggup meninggalkan hobi kegemaran tersebut dan menggunakan waktu tersebut dengan membaca dan mengulangkaji pelajaran.Hal ini dilakukan semata-mata adalah untuk mencapai satu matlamat yang besar dan jelas iaitu berjaya serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Sebaliknya ,sekiranya seseorang pelajar yang tidak tahu dan sedar bahawa dia akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada minggu depan,maka sudah pasti pelajar tersebut tidak seperti pelajar yang tahu dan sedar di atas.Pelajar ini sudah tentu akan membazirkan masa mereka dengan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong,bersms kosong,bermain game dalam lap top dan sebagainya.

Maka,saya ingin menyeru sekali lagi kepada antum semua yang membaca artikel ini supaya kita kembali memfokuskan segala aktiviti harian kita ke arah matalamat kita yang asal sebagai seorang hamba yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH.WALLAHU TAALA ‘ALAM.

“Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.”(Surah Hud,ayat 88)

2 Responses to Ayuh Kembali Kepada Matlamat Asal

  1. Shamsudin says:

    A’kum,

    Syabas, web yang baik.

    Saya bercadang untuk mendapatkan tempat pengajian perubatan di Un. Tonto untuk anak saya pada sesi September ini. Ada sesiapa boleh berikan maklumat lanjut pengajian perubatan di Un Tonto.
    1. medium penghantar
    2. prestasi pelajar Malaysia di sana
    3. kurikulum/subject dipelajari
    4. tahap pembelajaran / penerimaan kuliah i.e. mudah, sederhana, sukar
    5. sekitaran kehidupan di sana
    6. dan apa-apa yang boleh memberikan gambaran awal kehidupan di sana

    Terima kasih.

    salam.

  2. Cialis says:

    FFGKNE Excellent article, I will take note. Many thanks for the story!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: