Pabila Maut Terasa Begitu Hampir

Minggu ini menjadi minggu yang sedih bagi saya dan sahabat-sahabat di Mesir ini atas pemergian Allyarham Muhammad Ammar b. Zulkifli yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.Berita lanjut anda boleh membacanya di post saya sebelum ini bertajuk “Kemalangan Pelajar Kaherah”.Allayarham merupakan pelajar tahun 3 kuliah perubatan Universiti Kaherah.Saya sendiri sempat mengenali dan bertemu dengan beliau sepanjang saya berada tidak sampai setahun di Mesir ini.Beliau merupakan seorang senior yang baik,berbudi bahasa dan bersopan santun.Kali terakhir saya berbual dengannya ialah semasa di dalam Masjid Bustan selepas solat Zuhur.

Kita juga turut bersedih atas tragedi yang berlaku ke atas saudara semuslim kita di Narathiwat.11 orang daripada mereka termasuk imam ditembak mati oleh 2 lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan raifel ketika mereka sedang menunaikan solat di dalam Masjid al-Furqan.Berita ini juga anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam post saya yang bertajuk “Kezaliman Terhadap Umat Islam Berterusan”.Kita sama-sama doakan agar Allayarham Ammar dan saudara kita di Narathiwat,Thailand digolongkan dalam golongan orang yang mendapat nikmat iaitu golongan nabi-nabi,siddiqin(orang-orang yang benar),syuhada'(orang-orang yang mati syahid di jalan ALLAH),solehin(orang yang membuat amal soleh).

Kedua-dua peristiwa di atas benar-benar memperingat diri ini bahawa ajal dan maut itu begitu hampir sekali.Ia tidak mengenal usia dan tempat,bangsa dan bahasa,pangkat dan harta,sebaliknya akan berlaku bila-bila masa sahaja menurut apa yang telah ditentukan oleh ALLAH Azza Wajalla.Perkara ini semua orang telah ketahui hakikatnya.Cumanya antara sedar ataupun tidak.Apabila berlakunya peristiwa kematian yang membabitkan insan yang kita kenali barulah kita semua tersedar bahawa kematian ini satu yang pasti ke atas setiap manusia dan kita semua hakikatnya sedang mengira-mengira dan menanti sisa-sisa umur kita di dunia.Bezanya antara kita sama ada kita mati sebagai husnul khatimah(kesudahan yang baik) atau suul khatimah(kesudahan yang buruk).Kita memohon kepada ALLAH menggolongkan kita semua dalam golongan yang mendapat husnul khatimah.Firman ALLAH Azza Wajalla dalam surah Ali Imran ayat 185,mafhumnya:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda melalui riwayat Abu Hurairah r.a,

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan segala kelazatan(dunia)(yakni mati)“[riwayat Tirmidzi,hadis hassan]

Tuntutan baginda nabi s.a.w. di atas sememangnya satu tuntutan yang benar-benar bermanfaat kepada umat Islam kerana apabila kita sentiasa mengingati mati sekaligus akan melenyapkan segala keinginan kita terhadap semua kelazatan yang ada atas dunia ini.Dunia ini sememangnya diciptakan dengan pelbagai keseronokan dan kelazatan untuk manusia.Makan,minum,tidur,kenyang,bermain,semuanya aktiviti yang meberikan kita kelazatan kepada kita.Hatta orang fakir miskin sendiri pun masih lagi merasai kelazatan dunia iaitu mereka mampu lagi bernafas dengan dengan sistem pernafasan yang baik  dan begitu juga dengan sistem-sistem yang lain dalam badan mereka.Semuanya ini adalah lazat.Berapa ramai yang mempunyai masalah dalam sistem pernafasan mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat turut sekali merasakan kelazatan bernafas sebagaimana orang-orang lain.

Kebiasaannya,manusia apabila sentiasa bergelumang dengan segala macam keseronokan dan kelazatan dunia ini,mereka akan mudah lupa bahawasanya mereka hanya berada sekejap sahaja di bumi ini sebaliknya akan tinggal kekal abadi di hari akhirat kelak sama ada di syurga atau neraka.Kita memohon perlindungan dengan ALLAH agar dijauhkan dari azab api neraka.Namun,apabila segala keseronokan ini terlepas daripada genggamannya,barulah manusia sedar dan kembali kepada fitrah yang sebenar(iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH).Keseronokan itu boleh jadi hilang buat sementara waktu mungkin disebabkan tidak sihat,tiada duit dan sebagainya.Tetapi bila kita bercakap mengenai soal mati,ia bukan menghapuskan kelazatan dunia buat sementara waktu bahkan buat selama-lamanya.Sebab itu mengingati mati satu penawar yang amat mujarab bagi muslim yang ingin kembali bertaubat kepada ALLAH serta kembali mengukuhkan dan merapatkan hubungannya dengan ALLAH.

Satu perkara yang kita perlu faham bahawasanya kita sebenarnya bukan takut dengan saat kematian itu.Ya,memang saat sakaratul maut itu dahsyat tetapi ada saat peristiwa yang perlu kita lebih takut iaitu saat selepas daripada mati iaitu alam barzakh dan alam hari akhirat.Kedua-dua alam inilah yang perlu kita lebih takut akan saatnya dan membuat persediaan yang serapi mungkin bagi menghadapi kedua-dua alam ini.Adalah tidak cerdik jika kita hanya takut kepada cerita-cerita mengenai kematian dan merasa ringan dengan cerita-cerita mengenai azab-azab pada hari akhirat kelak sedangkan al-Quran dan hadis nabi menceritakan dengan begitu dahsyat sekali mengenai azab yang menimpa ke atas orang-orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi ini.Antara kedahsyatan yang digambarkan ALLAH di dalam al-Quran:

Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.“(surah al-Haqqah,ayat 36-37)

Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas.Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum.Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan.“(surah al-Waqiah,ayat 54-56)

Dua ayat al-Quran di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa deritanya bagi orang-orang yang melakukan kezaliman dan dosa semasa hidup atas dunia ini.Akhirnya,orang yang beriman mengimpikan kematian(lebih-lebih lagi mati syahid) kerana ianya merupakan jambatan kepada syurga yang dijanjikan sementara orang-orang kafir membenci kematian kerana bukan sahaja hilangnya nikmat dunia di tangan mereka bahkan hakikatnya ianya merupakan jambatan kepada neraka.Bagaimana pula dengan kita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: