Setahun Di Mesir:Satu Penilaian

Permandangan di Mesir yang diambil dari atas bangunan kediaman pelajar-pelajar tahun satu Universiti Kaherah

Permandangan di Mesir yang diambil dari atas bangunan kediaman pelajar-pelajar tahun satu Universiti Kaherah

Kali ini saya akan menulis satu tajuk khas buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun satu di Mesir ini.Namun,bagi pembaca lain yang berada di luar Mesir(Jordan,UK,dll)atau di Malaysia sekalipun,anda sebenarnya boleh mengambil manfaat daripada isi-isi utama yang akan disebutkan dalam penulisan ini dan dipraktikkan mengikut situasi,tugas dan tempat anda masing-masing.Sebenarnya saya berada di sini baru 8 bulan,belum sampai lagi setahun.Namun saya mengganggap dan mencongakkan ia menjadi setahun kerana perjuangan saya sebagai pelajar tahun satu perubatan di sini hampir berakhir.Cuma berbaki satu sahaja lagi peperiksaan oral bagi subjek Physiology pada  27hb Jun ini bersamaan hari Sabtu.

Saya masih ingat lagi hari pertama mula-mula menjejakkan kaki di sini,7hb 10 2008,enam hari selepas Hari Raya Aidilfitri.Semuanya datang dengan pelbagai perasaan.Hiba kerana terpaksa meninggalkan keluarga dan kampung halaman tercinta.Perasaan gembira juga ada kerana dapat merasai pengalaman menaiki kapal terbang kerana ada di kalangan kita yang baru kali pertama merasainya serta teruja dengan suasana baru yang akan ditempuh di Mesir ini.Ramai dalam kalangan kita dalam minggu pertama tidak dapat menyesuaikan diri lagi dengan keadaan di sini disebabkan pelbagai faktor dan suasana yang berlainan dengan Malaysia.Di sini udaranya dipenuhi dengan debu-debu,masyarakatnya jika dibandingkan dengan masyarakat Malaysia agak lebih kasar,makanannya juga berbeza,malah yang paling utama ialah bahasa percakapan untuk muamalah telah bertukar.Daripada kita yang selesa berbahasa dengan bahasa ibunda terpaksa bercakap dengan bahasa Arab ‘Ammi yang pada mulanya agak tergagap-gagap.

Bersama ahli beit,Haziq sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kaherah

Bersama ahli beit,Haziq sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kaherah

Baiklah,itulah serba sedikit pengalaman mengenai detik-detik awal saya berada di sini yang boleh dikongsikan bersama.Saya akan terus masuk kepada isi yang ingin disentuh iaitu membuat penilaian atau refleksi diri setelah hampir setahun berada di Mesir.Penilaian ini akan diukur berdasarkan kepada beberapa aspek yang akan disebutkan di bawah.Kenapa saya menulis satu tajuk khas untuk isu ini?Bagi saya,penilaian ini sangat-sangat perlu bagi kita yang sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik.Melalui penilaian sebeginilah kita dapat mengukur di manakah kekurangan-kekurangan yang masih belum kita tampungkan serta menilai perkara-perkara yang telah kita peroleh selama berada di sini.Berikut ialah aspek yang perlu dinilai oleh diri kita masing-masing:

1.PENGUASAAN DALAM SUBJEK MEDIK

Saya memilih aspek ini sebagai aspek utama kerana melihat inilah tugas dan tanggungjawab yang paling utama yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin oleh saya dan sahabat-sahabat.Kebanyakan daripada kita ditaja oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan selebihnya ditaja oleh badan-badan lain seperti Majlis Agama Islam Selangor(MAIS),Yayasan Sabah serta ada juga yang datang dengan menggunakan duit sendiri.Walaupun kita berbeza dari sudut tajaan tetapi sebenarnya kita mempunyai satu matlamat yang sama dan jelas iaitu ingin memperoleh ijazah kedoktoran di sini dengan keputusan yang secemerlang mungkin pada akhir tahun enam nanti.Insya ALLAH.

Terdapat 4 subjek utama medik yang perlu diperlajari oleh kita pada tahun ini iaitu Anatomy,Physiology,Biochemistry,dan Histology.Insya ALLAH pada tahun depan juga kita akan mengambil subjek yang sama untuk sambungan subjek yang dipelajari pada tahun ini.Keempat-empat subjek ini agak berbeza antara satu sama lain.Namun demikian,kita harus sedar bahawa sebenarnya bidang Medik ini tidak ada subjek yang terpisah bersendirian.Semuanya berkait satu sama lain.Cumanya kita tidak sedar kerana masih belum tahu akan kepentingan setiap subjek yang telah dipelajari.Ia akan diketahui setelah kita masuk tahun empat yang mana kita semua diwajibkan membuat latihan klinikal di hospital.Tahun itu dikenali sebagai tahun klinikal atau lebih banyak disebut sebagai ‘”clinical year” oleh pelajar-pelajar medik.

Adakah kita semua telah betul-betul menguasai subjek medik bagi tahun satu ini?Persoalan ini perlu dilontarkan kepada diri kita masing-masing.Saya melihat kita terpecah kepada 3 kumpulan bagi persoalan ini.Pertama,mereka yang menguasai subjek medik sepanjang masa yakni sama ada sebelum atau selepas exam.Kumpulan ini boleh dinilai dan dilihat melalui penglibatan mereka dalam kuliah dan pencapaian dalam peperiksaan.Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini jika kita lihat,mereka menunjukkan minat yang sangat tinggi dan mendalam terhadap bidang medik ini.Mereka mempunyai sifat inkuiri yang begitu tinggi terhadap sesuatu pelajaran yang dipelajari.Mereka inilah yang menghidupkan suasana pembelajaran dalam kuliah  dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada pensyarah.Tidak cukup dengan itu,mereka juga bertanya kepada pensyarah semasa di luar kuliah.Mereka juga sering berbincang dan membuat penerangan kepada sahabat-sahabat lain yang masih belum faham akan sesuatu topik.Kumpulan ini insya ALLAH jika mereka meneruskan sikap sedemikian,mereka akan terus cemerlang sama ada dalam peperiksaan atau semasa menjadi pegawai perubatan nanti.

Kumpulan kedua,mereka yang menguasai subjek medik hanya apabila hampirnya kepada peperiksaan.Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini mula belajar secara serius hanya apabila sedar akan dekatnya mereka kepada tarikh peperiksaan.Semasa di awal-awal tahun,mereka ini tidak begitu komited dengan pelajaran dan tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang medik ini.Sebahagian mereka datang lambat ke kuliah,sering tidur di dalam kuliah,tidak mengulang kaji pelajaran yang telah diajar,suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan suka ke hulu ke hilir meronda dan melawat kawasan-kawasan yang ada di Mesir ini.Namun,kumpulan ini apabila sedar akan hampirnya mereka dengan peperiksaan,barulah gaya hidup dan pembelajaran yang disebutkan di atas diubah.

Mulalah ada yang berjaga malam sampai 2 3 pagi,terperap dalam bilik 24 jam,dan malah ada yang tidak tidur langsung demi “cover” balik subjek-subjek yang masih belum lagi dikuasai.Akhirnya,mereka berjaya menguasai subjek medik dan mendapat keputusan yang cemerlang sama seperti kumpulan pertama.Dan diri ini merasakan lebih tergolong dalam kumpulan ini.Wallahu ‘alam.Namun adakah tiada beza antara kumpulan pertama dan kedua?Sudah tentu tidak tidak sama.Pada pengamatan dan kaca hemat saya,mereka yang tergolong dalam kumpulan kedua ini,mereka sebenarnya hanya mampu ingat akan pelajaran-pelajaran yang dipelajari paling lama sebulan selepas peperiksaan jika sekiranya tidak mengulang balik apa yang dipelajari.Hal ini kerana kumpulan ini kebanyakannya bukannya mengulang kaji pelajaran kerana betul-betul minat akan bidang medik tetapi kerana peperiksaan.Sedangkan kumpulan pertama akan sentiasa konsisten dalam mengulang kaji pelajaran kerana mereka ini mempunyai minat yang betul-betul mendalam terhadap bidang medik.

Kumpulan ketiga iaitu mereka yang tidak dapat menguasai subjek medik sehingga ke saat peperiksaan.Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini pada hemat saya,ciri-ciri mereka hampir sama dengan kumpulan kedua.Cumanya mereka tetap tidak dapat menguasai subjek medik sehingga ke saat peperiksaan.Saya lihat beberapa faktor,antaranya lemah ingatan dan ketidakmampuan untuk mengaitkan pelajaran yang dipelajari antara satu sama lain,tidak melakukan “study group”,dan malu bertanya kepada pensyarah dan kawan-kawan akan pelajaran yang tidak faham.Mereka lebih suka membiarkan mereka di dalam keadaan jahil(tidak tahu) akan pelajaran,daripada bertanya kepada yang lebih mengetahui.Mungkin inilah sebab utama bagi masalah kumpulan ini.

Akhirnya,kita perlu sedar bahawa kita semua datang ke sini dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang cemerlang yang menunjukkan bahawa kita semua tergolong dalam pelajar yang memiliki potensi yang tingi.Yang membezakan kita di sini mungkin disebabkan oleh cara belajar dan sikap-sikap yang tidak bagus yang tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang yang bergelar pelajar medik.Tentukanlah sendiri anda berada di dalam kumpulan yang mana.

2.PENGUASAAN DALAM BERBAHASA ARAB

Aspek yang kedua ini juga tidak kurang pentingnya juga yang harus kita perhalusi.Apabila berbicara soal bahasa Arab ianya akan terpecah kepada dua iaitu fusha(bahasa standard) dan ‘ammi(bahasa pasar).Walaupun ada persamaan antaranya namun perbezaan antara keduanya lebih banyak.Sebab itulah salah seorang sahabat-sahabat Mesir saya antaranya Dr Muhammad dan Abu Talib pernah menyebut bahawa orang Mesir ini tidak mampu untuk memahami bahasa fusha dengan baik terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi.Banyak perkataan yang mereka tidak tahu.Sebab itulah mahu tidak mahu,kita mesti menguasai bahasa Arab ‘Ammi di samping Arab Fusha bagi membolehkan kita bermuamalah dengan baik dengan masyarakat Mesir.Satu perkara lagi yang perlu kita sedar bahawa masyarakat Mesir ini lebih suka bercakap dengan bahasa ‘Ammi daripada bahasa fusha itu sendiri sekalipun mereka yang menguasai bahasa fusha dengan baik.

Saya kira setelah berada di Mesir hampir setahun ini,kita sepatutnya mampu menguasai bahasa Arab dalam 50-60%.Namun saya lihat ramai juga di kalangan kita yang tidak mencapai target itu terutamanya bagi mereka yang tidak mempelajari bahasa Arab di sekolah sebelum ini.Tetapi alasan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana kita telah mempunyai contoh daripada senior-senior yang tidak pun mempelajari bahasa Arab di sekolah tetapi masih mampu menguasainyaapabila tiba di sini.Semuanya ini berkait rapat dengan kemahuan kita sama ada ingin menguasai bahasa Arab atau sebaliknya.

Sebenarnya saya pernah menulis artikel berhubung hal ini dalam discussion MEP 08 Friendster Group.Untuk membacanya,klik di sini.Masalah berhubung kelemahan berbahasa Arab ini mula timbul pada pengamatan saya apabila kerajaan Malaysia membuat perjanjian MoU dengan kerajaan Mesir untuk menempatkan pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Universiti Kaherah dalam satu kelas yang khusus untuk pelajar Malaysia sahaja dalam erti kata lain tiada orang Arab.Bahasa pengantaran untuk sesi kuliah juga ditukar daripada separuh bahasa Arab separuh bahasa Inggeris(untuk kuliah pelajar Arab) kepada seratus peratus bahasa Inggeris.Hal inilah sebenarnya yang menyebabkan penguasaan dan perkembangan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Malaysia mula merosot bermula daripada batch tahun tiga tahun ini dan terus menular kepada batch-batch yang datang selepasnya yakni tahun dua dan tahun satu.Mereka merasakan bahawa bahasa Arab ini tidak begitu penting kerana pembelajaran di kuliah adalah dalam bahasa Inggeris.Tetapi sebenarnya mereka lupa bahawa bahasa Arab ini amat penting dan diperlukan untuk kita semasa tahun klinikal nanti.Kita semua nanti pada tahun tersebut akan berurusan dengan pesakit-pesakit Arab yang saya pasti kebanyakannya tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik.

Antara beberapa sebab yang menyebabkan kita begitu lemah dalam bahasa Arab ialah kurangnya kita bermuamalah dengan masyarakat Arab.Kebanyakan daripada kita masih lagi takut dan malu untuk bercakap.Bimbang nanti ada yang tersalah cakap.Sebenarnya sikap-sikap sebegini perlu dikikis kerana ia memjadi penghalang utama kita untuk menguasai sesuatu bahasa.Kita sepatutnya tidak takut untuk bercakap dan jikalau tersalah cakap,tidak mengapa kerana ia satu perkara lumrah dalam kita mempelajari sesuatu bahasa yang lain.Yang penting perbetulkan kesilapan itu.

Selain itu,saya lihat kebanyakan daripada kita tidak mempunyai sahabat-sahabat dalam kalangan orang Mesir.Saya sendiri mengenali beberapa orang Mesir dan bersahabat dengan mereka.Memang ada yang mengatakan perlu berhati-hati dalam bersahabat dengan orang Mesir,bimbang nanti akan diambil kesempatan.Namun bukan semua orang Mesir begitu.Ramai juga  yang ikhlas dan baik berdasarkan pengalaman saya bersahabat dengan mereka.Apa yang penting kita pilihlah orang-orang Mesir yang baik menjadi sahabat kita.Paling mudah pilihlah sahabat yang sentiasa kita lihat mukanya di masjid kerana itu sebenarnya salah satu petanda bahawa dia merupakan orang yang baik.

Kenapa saya menyebut hal ini?Hal ini kerana melalui sahabat Mesir inilah kita boleh mempertingkat kemampuan kita dalam berbahasa Arab lebih-lebih lagi apabila sahabat kita itu seorang yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik.Kita boleh bertanya kepadanya mengenai perkataan-perkataan yang tidak difahami dan yang ingin digunakan untuk bermuamalah dengan masyarakat Mesir.Cara ini langsung tidak memakan kos jika dibandingkan dengan kita mengambil kelas-kelas Arab yang memakan kos yang agak mahal.

Akhir sekali,penguasaan bahasa Arab dengan baik merupakan kunci kepada untuk kita menguasai ilmu-ilmu agama.Dalam erti kata lain,kita akan mampu memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis dengan baik serta dapat pula membaca kitab-kitab karangan para ulama.Tidak teringinkah kita ke arah itu?

Berada di sekitar kawasan Universiti Kaherah

Berada di sekitar kawasan Universiti Kaherah

3.PEMBENTUKAN AKHLAK DAN PERIBADI

Aspek terakhir ini tidak patut kita lupa untuk dinilai.Hidup di Mesir ini bukan sahaja sekadar mempelajari ilmu-ilmu perubatan dan bahasa Arab,tetapi kita juga mempelajari dan memupuk serta mendidik akhlak-akhlak yang baik dalam diri kita.Saya mengakui bahawasanya dengan suasana atau biah yang ada di Mesir ini tidak mampu membentuk kita berakhlak dengan akhlak baik.Hal ini kerana kita melihat rata-rata orang Mesir berakhlak dengan akhlak jahiliah sama ada dalam jual beli,perkahwinan dan hubungan sesama mereka.Namun,hal ini tidak sepatutnya menjadi sebab yang menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia bahkan ia patut menjadi semangat dan cabaran kepada kita untuk berakhlak mulia dan beristiqamah dengannya.

Hidup di sini sebenarnya melatih kita untuk berdikari(berdiri di atas kaki sendiri).Kita di sini tinggal berjauhan dengan keluarga.Maka segala aktiviti harian,kita semua yang uruskan.Jikalau dulu kita tidak pernah langsung memasak,hari ini kita terpaksa memasak sendiri di rumah mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan.Jikalau dulu kita membiarkan tugas membasuh baju dan melipat kain kepada ibu kita,hari ini kita yang lakukan semua itu.

Perkara ini sebenarnya membentuk diri kita menjadi lebih matang dan dewasa dalam kehidupan.Kita mula sedar akan tanggungjawab kita.Namun kita perlu bertanya juga:sejauh manakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita di sini?Tanggungjawab sebagai ahli beit(ahli rumah) sejauh manakah kita telah laksanakan dengan sebaik mungkin?Jika kita masih lagi malas dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai ahli beit umpamanya memasak,membersih rumah,menjaga kebersihan rumah,membasuh pinggan dan sebagainya,kita sepatutnya membuat muhasabah dan memperbaiki diri  agar perkara-perkara yang disebutkan tadi diperbaiki pada tahun depan.Ahli beit yang baik sebenarnya merupakan faktor yang penting  kepada pembentukan peribadi dan akhlak ahli beit yang yang lain.Oleh itu,mulakanlah dengan diri kita dahulu untuk menjadi seorang ahli beit yang bertanggungjawab dan lebih mengambil berat akan kebajikan ahli beit  pada tahun depan.

Kesimpulan:

Akhirnya,pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada sahabat-sahabat yang akan pulang ke Malaysia pada tahun ini “Selamat Pulang Ke Tanah Air Dan Bercuti Di Sana”.Ambillah manfaat sebaik mungkin cuti selama 3 bulan ini.Semoga kita berjumpa lagi untuk sesi akademik baru.Insya ALLAH.Kepada sahabat yang tidak pulang ke Malaysia,ambillah kesempatan cuti ini  juga untuk merebut peluang-peluang yang ada di Mesir ini.Cuba dapatkan bahasa Arab sebanyak mungkin sepanjang cuti nanti.Akhir sekali,semoga kita semua merenung terhadap perkara-perkara yang telah saya sebutkan dalam penulisan yang panjang ini dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada tahun depan.

12 Responses to Setahun Di Mesir:Satu Penilaian

  1. ayunni says:

    salam..
    sy nak tya pasal cara masyarakat arab mesir ini bermuamallah xkiralah dari segi apepon,perniagaan ke percakapan biasa ke.
    sy harap awak dapat bantu sy..
    kalo blh dan xmenyshkan awak, sy nak mintak awak tulis serba sedikit ttg masayarakat arab mesir bermuamallah..sy harap dapat respon yg baek dari awak..salam

  2. drmarzuki says:

    wmslm.nak sebut secara detail rasanya saya tak mampu.mungkin cuma serba sedikit berdasarkan hasil pemerhatian dan pengalaman saya bermuamalah dengan rakyat Mesir.secara keseluruhannya,mereka agak kasar berbanding dengan orang Melayu yang mempunyai banyak budi bahasa pada kebanyakan aspek.Namun,mereka juga dalam jiwa mereka yang agak kasar,banyak juga lawak2 & jenaka yg mreka buat.Dari segi berniaga,rata2 peniaga di sini(Mesir)pada pengamatan saya tidak jujur.Mereka jual barang2 yg telah rosak demi mendapatkan keuntungan berlipat ganda sebagai contoh.Tapi,sebenarnya ramai juga rakyat Mesir yg baik2.cuma kena pandai nilai.apapun komen kita mengenai Mesir,kita harus ingat,kebanyakan tokoh2 Islam adalah dari Mesir seperti as-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi hafizahullah,as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna rahimahullah,as-Syahid Syed Qutb rahimahullah dan ramai lagi.Mungkin enti bleh baca dalam post saya ini serba-sedikit mengenai Mesir(http://drmarzuki.wordpress.com/2009/09/02/pesanan-buat-adik-adik-yang-akan-ke-mesir/).Harap maklumat ini dapat membantu.

  3. nurul huda says:

    askum..saya harap awk dpt add saya d face book..maafla..jika itu susahkan awk..sebenarnye saya juga akn mulakan pengajian medik al azhar d mesir.pada mula2 sya ragu.kerana say pergi d ats tanggungan sndiri.tetapi pada thn 2 hndk minta biasiswa.saya suka apa yg awk tulis.kerna itu memberi sya semangat utk belajar lgi.al maklum la..selain minat,apa yg menguatkan saya utk beljar perubatan adalah impian keluarga.myb owg kata sya bodoh.tetapi sya boleh lakukan sesuatu jika pkirkan keluarga.INSYAALLAH..jadi saya ingin berbual dgn anda bgaimana suasana dcna..kuliah dkendalikn mengguna bhsa apa..duit saraan bgimana.saya harap awk dpt cntc sya.terima ksh sgt2..;D..saya gembira ada owg mcm awk yg selalu yakin dgn diri n add value to other people life..

  4. Salam alaykoom,
    selepas men-try encik google dengan lamanya,
    berjaya juga jumpa blog yang agak bagus untuk pelajar perubatan di mesir.

    Bagus usaha ini.Tingkatkan lagi hasil penulisan anda.Ramai orang di luar sana bergantung pada blog2 pelajar yang belajar di luar negara.Sedikit-sebanyak mereka ke Mesir,Rusia,Poland dan Ireland,walaupun dalam maya.

    Bagus,bagus,bagus.Anda amat bermatlamat dalam ke Mesir.Tidak sia-sia JPA hantar orang seperti anda.Selepas tamat pembelajaran,kembalilah ke Msia dan kongsi kepunyaan anda hingga ke kawasan pedalaman.

    Semoga anda dipermudahkan.
    Wassalam alykoom.

    • drmarzuki says:

      Waalaikumussalam.Terima kasih.Doakan agar saya dapat meneruskan penulisan dalam blog ini.Dah lama tak menulis😉

  5. iffatul hanis says:

    salam..iA sptember nie sy akn trbang ke mesir dn mulakn prjuangn dlm bidang perubatan..sy nk tnya,dlm subjek anatomy untuk 1st year,kena blajar x muscle of upper limb? ataupun juz bone of upper limb? sbarang bntuan amatlah dhrgai.. *_* shukran awi-awi

    • drmarzuki says:

      Wmslm.tahniah dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir.Ya,untuk 1st year memang kena belajar muscle of upper limb.Untuk anatomy 1st year subjek yang perlu dipelajari ialah upper limb,lower limb,thorax dan general embryology.Dalam anatomy nanti,kita bukan sekadar muscle,kita akan belajar sedetail-detailnya mengenai anatomy di sini termasuk muscle,nerve,blood vessels,lymphatics,surface anatomy,clinical importance and so on.Hope you will enjoy your study here!

  6. ibnuremli says:

    Tahniah akhi atas perkongsian..

  7. puan marlina says:

    salam,
    terima kasih kerana berkongsi cerita / pengalaman ketika berada di sana.insyaAllah ianya dapat memberi gambaran serba sedikit tentang budaya di sana. saya setuju dengan pendapat adik ( sya lebih tua dari anta) iaitu orang di sana agak kasar kerana rasanya tiada beza dengan masyarakat lelaki arab di mekah.
    boleh saya bertanya, berapa yuran belajar perubatan untuk 1 semester?

    sy doakan agar berjaya menjadi doktor yang disegani suatu hari nanti.sy berharap agar berpeluang menghantar anak sya ke sana juga jika diizin Allah.

    terima kasih
    .

    • drmarzuki says:

      wmslm..maaf puan,saya tak pasti berapa jumlah sebenar yuran pengajian di sini.ia berbeza setiap universiti.sebenarnya penaja saja,pihak JPA telah membayar siap-siap yuran saya dan kawan2.sebab tu,kami tak mengetahui jumlahnya.semoga niat & hasrat puan dimakbulkan Allah.

  8. fara says:

    salam,
    nak tnye..macam mane lak perhubungan antara lelaki dan perempuan kat sana??adakah seperti di Malaysia..??adakah bebas…??hope dapat jawab pertanyaan sy..sy juz nak tau.

    • drmarzuki says:

      wmslm.di Kaherah alhamdulillah pergaulan antara lelaki & perempuan agak terkawal.cuma di Mansurah kurang sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: