Rancang Cuti,Istiqamah Dengannya

Minggu lepas saya tidak sempat untuk menulis mengikut jadual yang ditetapkan.Cuti akhir tahun bagi pelajar tahun satu perubatan Universiti Kaherah sebenarnya telah bermula sejak 27hb Jun lepas.Mulanya saya beranggapan bahawa cuti ini lebih lapang sedikit daripada sebelum ini tapi rupa-rupanya tidak.Permulaan cuti menunjukkan bahawa banyak perkara yang saya perlu laksanakan.

Baru-baru ini 3hb-7hb Julai,saya menyertai buat pertama kali Perkhemahan Musim Panas ISMA(PMPI) sesi 2009 di Matruh anjuran Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir(ISMA-Mesir).Setiap peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan.Saya telah diletakkan dalam kumpulan Santun yang diketuai oleh Ustaz Muhammad b. Ali dan beberapa perbincangan kumpulan telah diadakan di Pejabat ISMA-Mesir beberapa hari sebelum bertolak ke sana.Hal inilah yang menyebabkan saya tidak sempat menulis artikel untuk minggu lepas.

Sebelum daripada itu lagi,pada 29hb Jun,2 hari selepas tamat peperiksaan,saya bersama sahabat warga Mesir,Dr Muhammad bergerak ke Nadi Sikkah,Abbasiyah dan Tahrir untuk membeli tiket kapal dan bas ke Jordan.Seharian kami menyelesaikan perkara ini.Saya agak kepenatan pada hari itu.Semoga ALLAH merahmati hidup sahabat saya ini.

Insya ALLAH,saya bersama-sama sahabat-sahabat saya yang lain iaitu Ridhwan,Saifullah,Shafiq Shamsuddin dan Syahir akan bergerak ke Jordan pada malam ini.Kami akan menaiki bas daripada Kaherah ke Pelabuhan Nuweiba jam 11 malam dan dijangka sampai jam 6 pagi esok.Kemudian kami akan menaiki kapal laju(speed boat) jam 2 petang dari Pelabuhan Nuweiba ke Pelabuhan Aqabah.Insya ALLAH kami akan berada di sana selama 8 hari dari 12hb-20hb Julai.Doakan semoga perjalanan kami malam ini selamat dan dirahmati ALLAH.

Sebenarnya,ZIARAH ke Jordan ini merupakan salah satu daripada perancangan cuti saya kali ini.Banyak lagi perancangan yang berlegar-legar dalam minda ini.Kita semua perlu sedar perancangan ini sangat penting bagi kehidupan seorang mukmin kerana melalui perkara yang telah dirancang dan ditetapkan,maka segala proses dan amalan harian,minggunan berjalan dengan lancar dan teratur.Lebih-lebih lagi apabila kita dikurniakan dengan masa lapang yang begitu banyak pada masa cuti ini.Ingatlah sabda Nabi s.a.w.:

“Dua nikmat yang sering dilupai manusia.(Iaitu)nikmat sihat dan nikmat masa lapang”.(saya tidak sempat untuk membuat rujukan bagi mencari riwayat hadis ini.Sahabat yang mengetahui riwayat dan kedudukan hadis ini boleh memaklumkannya di ruangan komen)

Maka,dengan ini saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita merancang masa cuti ini dengan perkara-perkara berfaedah.Janganlah kita membiarkan masa cuti ini berlalu dengan begitu sahaja tanpa kita mendapat banyak manfaat daripadanya.Kalau sebelum ini kita tidak sempat untuk membuka dan membaca buku-buku ilmiah agama,marilah pada cuti ini kita habiskan pembacaannya.

Apa yang lebih penting,kita sebenarnya perlu membuat satu jadual harian agar masa kita tersusun dengan rapi.Tetapkanlah berapa banyak muka surat al-Quran yang perlu dihafal dan dibaca sehari,berapa halaman buku yang perlu dibaca sehari,dan sebagainya.Melalui perancangan dan target inilah kita mengisi masa-masa lapang cuti kita ini.

Akhirnya setelah perancangan yang telah siap kita tetapkan,kita perlulah melaksanakan apa yang telah dirancang dan berisitiqamahlah dengannya.Dengan istiqamah inilah perkara yang kecil yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi ALLAH sekiranya kita ikhlas hanya kerananya dalam melaksanakannya.Dan melalui sifat istiqamah inilah,para anbia’ tetap teguh bediri dan thabit atas jalan petunjuk dan hidayah.Firman ALLAH s.w.t di dalam surah al-Ahqaf ayat 13.:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.”

One Response to Rancang Cuti,Istiqamah Dengannya

  1. ummuumar90 says:

    Salam..betul apa dikatakan 2..stiap saat yang Allah kurniakan kat stiap manusia perlu dihargai..tiap saat e2 amat bermakna..mcm2 yang bley kita lakukan..perancangan yang baik juga perlu bagi memastikan setiap perkara yang dilakukan e2 selesai..syukran..artikel ni banyak menyedarkan diri ini..semoga sentiasa berada dalam naungan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: