Sediakan Bekal Sebelum Ramadhan Menjelma

Beberapa hari lepas,kita dikejutkan dengan pemergian Ustaz Asri Ibrahim yang merupakan ketua kumpulan nasyid Rabbani.Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah dan sahabat-sahabatnya.Sesungguhnya kita adalah kepunyaan ALLAH dan kita semua pasti akan dikembalikan kepada-Nya suatu masa nanti.Kumpulan Rabbani merupakan antara kumpulan nasyid terawal yang ditubuhkan pada era 90-an di samping kumpulan Raihan dan Hijjaz.Walaupun minat saya terhadap kumpulan Rabbani tidak sehebat minat saya kepada Raihan dan Hijjaz,namun ada beberapa lagu yang mendapat tempat di hati ini,antaranya lagu “Pergi Tak Kembali”,”Intifadah”,”Selimut Putih” dan “Musafir Kelana”.Saya kira ramai juga yang minat akan alunan kemerduan lagu ini di samping liriknya yang menginsafkan kita semua apabila mendengarnya.Mudah-mudahan semua lagu yang disebutkan di atas menjadi amal jariah bagi arwah yang menyanyikan untuk misi dakwah kepada umat Islam.

Alhamdulillah,tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk kita memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak,penghulu segala bulan,bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ALLAH Azza Wajal.Mudah-mudahan kita semua diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan pada tahun ini.Insya ALLAH.

Bagaimanapun,menanti kedatangan bulan Ramadhan ini bukanlah seperti menanti bulan-bulan lain sebaliknya penantian kita ini mestilah dilengkapi dengan persiapan dan bekalan.Penantian terhadap bulan Ramadhan umpama penantian kita terhadap kedatangan Sultan atau Raja ke rumah kita bahkan sepatutnya lebih daripada itu.Saya akan cuba ringkaskan apakah persediaan yang perlu kita siapkan untuk menghadapi bulan yang penuh keberkatan ini.

1)Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat nasuha

Perkara ini merupakan asas utama yang paling penting kerana bulan Ramadhan memerlukan kepada hati-hati yang bersih daripada dosa agar seseorang itu akan dilimpahi dengan keberkatannya.Sebagaimana Nabi pernah bersabda bahawa baginda beristighfar(memohon keampunan daripada ALLAH) dan bertaubat kepada ALLAH lebih daripada 70 kali sehari(Riwayat Bukhori).Dalam riwayat Muslim,nabi s.a.w. mengatakan bahawa baginda bertaubat 100 kali dalam sehari.

Bayangkan nabi s.a.w. yang maksum(terpelihara daripada dosa) beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH sebanyak itu,bagaimana pula dengan kita yang saban hari melakukan dosa yang tidak terperi banyaknya?

2)Menjaga Solat Berjemaah

Mulai daripada hari ini,kita mestilah berusaha untuk memastikan setiap solat fardhu kita sentiasa di awal waktu dan berjemaah.Usahakan agar solat berjemaah di masjid setiap kali mendengar azan dilaungkan.Tinggalkan perkara-perkara yang boleh melalaikan kita daripada solat umpamanya games,menonton televisyen dan sebagainya.

Hal ini bagi memastikan kita lebih bersedia untuk menunaikan solat sunat tarawih setiap hari serta dapat berqiamullail pada satu per tiga akhir malam.Ganjaran bagi mereka yang menghidupkan malam Ramadhan hanya semata-mata kerana iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH amat besar iaitu diampunkan dosa-dosa yang telah lalu(Riwayat Bukhori).

Apabila kita dapat menunaikan ini semua setiap malam Ramadhan,kita pasti akan menemui Lailatul Qadr.Insya ALLAH.Tidak perlu lagi dirungsingkan sama ada malam sekian-sekian berlaku Lailatul Qadr atau tidak.Rebutlah dan carilah Lailatul Qadr kerana ALLAH Azza Wajal berfirman dalam surah al-Qadr bermaksud:

“Malam Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

3)Melazimi membaca al-Quran setiap hari paling kurang satu juzuk

Hal ini kerana bulan Ramadhan ialah bulan di mana diturunkan al-Quran.Sebagaimana dalam surah al-Qadr ayat pertama:

” Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam lailatul  qadr.”

Maka,para salafus soleh apabila tibanya bulan Ramadhan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam membaca al-Quran.Diriwayatkan(melalui ceramah daripada Sheikh Muhammad Hassan,boleh rujuk:klik sini) bahawa Imam Malik,Imam Darul Hijrah,apabila tibanya bulan Ramadhan memberhentikan kelas pengajiannya dan menumpukan kepada pembacaan al-Quran.Namun diingatkan,pemahaman daripada pembacaan itu perlu diutamakan agar apa yang dibaca dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan:

Semoga kita semua dapat menyiapkan 3 persiapan utama sebagaimana yang disebutkan di atas.Bagaimanapun,banyak lagi persiapan yang perlu disediakan.Saya hanya menyatakan 3 persiapan terpenting yang perlu disediakan oleh kita semua.Akhir sekali,marilah kita sama-sama menghayati lagu dendangan kumpulan Diwani yang bertajuk “Rintihan Ramadhan”.Semoga mendapat manfaat daripada lagu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: