Rebutlah Peluang Yang Ada Tapi Biar Ikhlas Dan Istiqamah

kebaikan
  1. Lama rasa tidak menulis dalam ruangan blog ini.Bukan kerana malas atau jemu,tapi kesuntukan dan keterbatasan masa yang ada di sini.Bukan sahaja perlu menghabiskan bacaan dan menghafaz ilmu-ilmu perubatan yang begitu banyak malah memberi komitmen kepada perkara-perkara lain.Doakan agar saya diberikan kekuatan untuk dapat terus menulis.
  2. Bermula dari artikel kali ini,saya akan menukar gaya penulisan saya kepada bentuk point kerana saya rasakan bentuk sebegini lebih cepat,mudah dan yang paling penting dapat difahami secara “direct” oleh para pembaca.
  3. Alhamdulillah,pada tahun ini,ramai pelajar perubatan di Mesir ini dilihat berlumba-lumba dalam merebut peluang yang ada di bumi Mesir.Jika sebelum ini ramai yang suka menghabiskan masa begitu sahaja,tapi sekarang ini ramai yang mula bertalaqi al-Quran dengan syeikh-syeikh dan juga belajar bahasa Arab di markaz-markaz lughah.
  4. Fenomena ini membuatkan saya teringat dengan firman ALLAH Azza Wajalla dalam surah al-Baqarah ayat 148  yang bermaksud “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam perkara-perkara kebaikan”.Maka,amat sesuai sekali jika kita katakan begitu banyak peluang kebaikan di Mesir yang dapat kita ambil dan rebuti.
  5. Apabila telah wujud semangat untuk berlumba-lumba memperoleh kebaikan,maka amat mudah untuk sesama kita mengajak dan melaksanakan serta mengikuti sebarang aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat dan kebaikan.Cumanya semangat sebegitulah yang sukar untuk ditanam dalam jantung-jantung hati manusia.
  6. Apabila kita semua telah mula sedar dan ingin merebut segala peluang dan kebaikan yang ada di sekeliling kita,maka apa yang paling penting ialah kita perlu sematkan IKHLAS dan ISTIQAMAH dalam diri.Tanpa dua aspek ini,kita akan mudah kecundang dalam perlumbaan merebut kebaikan ini.
  7. Ikhlaskan niat hanya kerana ALLAH dalam kita berlumba-lumba merebut kebaikan kerana syaitan pasti akan meracuni kita semua dengan sifat-sifat mazmumah seperti riak,takabur,sum’ah(rasa bangga diri) dan memandang rendah orang lain.
  8. Tanamkan sifat istiqamah dalam diri agar segala kebaikan yang dilakukan dapat berterusan dan berkekalan walaupun dengan kuantiti yang sedikit.Ingat!Kualiti lebih utama daripada kuantiti.
  9. Ingatlah peluang yang ada di depan mata kita pada hari ini belum pasti kekal sehingga ke hari esok.Ramai daripada kita akan rasa menyesal hanya apabila peluang yang ada itu telah tiada dan terlepas dari genggamannya.Rebutlah peluang selagi mana ada ruang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: