Bila Manusia Rakus Kuasa

george_w_bush_archive114
  1. Dalam sejarah,ramai daripada orang yang tidak bersalah telah dizalimi oleh manusia yang telah dikurniakan oleh ALLAH sedikit kuasa di tangan mereka.Mereka menganggap kuasa yang ada sebagai satu kelebihan ke atas mereka untuk mengambil kesempatan dan hak ke atas orang lain.Golongan ini begitu rakus dan takut sekiranya kuasa tersebut tergugat dan terlepas daripada genggaman mereka.Maka,tidak hairanlah berapa ramai manusia yang telah mangsa kezaliman di tangan-tangan mereka yang rakus akan kuasa.
  2. Di dalam surah al-Buruj ayat 4 hingga 8,ALLAH berfirman: “Binasalah orang-orang yang membuat parit(iaitu para pembesar Najran di Yaman).Yang berapi(yang mempunyai)kayu bakar.Ketika mereka duduk di sekitarnya.Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin.Dan mereka menyiksa orang-orang mukmin itu hanya kerana(orang-orang beriman itu)beriman kepada ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”
  3. Lihatlah bagaimana dalam surah di atas,ALLAH menceritakan bagaimana kerakusan kuasa yang ditunjukkan oleh pembesar-pembesar Najran di Yaman sehingga sanggup membunuh golongan orang-orang beriman dengan menggali sebuah parit api yang besar dan mencampakkan golongan beriman ke dalamnya hidup-hidup.Lebih menghairankan lagi,dalam sejarah Firaun,dia sanggup mengaku dirinya sebagai Tuhan hanya semata-mata kerana keangkuhan dan kerakusan terhadap kuasa dan pemerintahannya ke atas kaum Bani Israel.Sebagaimana dalam surah An-Naziaat ayat 21 hingga 24:”Tetapi dia(Firaun ) mendustakan dan mendurhakai.Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang(Musa a.s.).Kemudia dia mengumpulkan(pembesar-pembesarnya)lalu berseru(memanggil kaumnya).(Seraya)berkata:Akulah Tuhanmu yang paling tinggi”
  4. Begitu juga dalam kisah Nabi Ibrahim dengan seorang raja pada zaman baginda di mana raja tersebut secara angkuh mengatakan bahawa dia mampu untuk menghidupkan dan mematikan manusia(yakni dengan mengarahkan pembesar-pembesarnya membunuh mana-mana rakyatnya yang tidak taat padanya) sebagaimana dalam surah al-Baqarah ayat 258:“Tidakkah kamu memerhatikan orang(menurut sebahagian riwayat adalah Namruz,Raja Babilonia)yang berdebat dengan Ibrahim mengenai Tuhannya,kerana ALLAH telah memberinya kerajaan(kekuasaan)(pada Namruz).Ketika Ibrahim berkata:Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Mematikan.Dia(Namruz)berkata:Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan…”
  5. Kerakusan manusia terhadap kuasa terus berlaku sejak dari Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman kita pada hari ini.Entah berapa ramai manusia yang menjadi mangsa kepada mereka yang rakus akan kuasa,dikenakan dengan pelbagai seksaan dan tekanan demi semata-mata ingin memastikan mereka terus kekal berkuasa.
  6. Minggu ini,saya cukup-cukup sedih dan terkilan dengan perkara yang menimpa diri saya dan sahabat saya,Engku Fahmi iaitu bermula daripada minggu ini kami tidak lagi dapat bertalaqi al-Quran dengan Syeikh Walid setiap minggu di masjid.Syeikh menjelaskan bahawa pihak berkuasa di Mesir tidak membenarkan mana-mana individu untuk bertalaqi al-Quran dengan syeikh-syeikh al-Quran di masjid-masjid,Hanya kanak-kanak sahaja dan masjid-masjid tertentu sahaja yang dibenarkan untuk diadakan talaqi al-Quran.Jika didapati bertalaqi juga,mungkin tangkapan akan diambil ke atas syeikh dan murid-murid yang bertalaqi.Alasan mereka menguatkuasakan undang-undang ini hanya semata-mata kerana  bimbang sekiranya semasa bertalaqi,syeikh-syeikh yang ada akan menyebarkan fikrah untuk menjatuhkan dan melawan kerajaan Mesir.Lihatlah betapa kotornya hati mereka dan rakusnya jiwa mereka terhadap kuasa sehingga sanggup menghalang majlis talaqi al-Quran di masjid.
  7. Di manakah lagi untuk kita belajar al-Quran kalau tidak di masjid-masjid yang ada?Apakah lagi fungsi masjid jika sekiranya pengajian al-Quran pun hendak dihalang?Adakah masjid hanya dijadikan sebagai tempat untuk solat berjemaah 5 waktu dan sebagai satu binaan yang cantik dan mahal semata-mata untuk berbangga dengannya?Mungkin hal ini berlaku di Mesir dan ke atas diri saya.Tetapi tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia dan ke atas kita semua.Memang telah pun berlaku Malaysia di mana baru-baru ini kecoh dengan penangkapan seorang tokoh pendakwah hanya kerana mengajar agama tanpa tauliah.
  8. Saya teringat mengenai ayat ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 114:“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang melarang di dalam masjid-masjid ALLAH untuk menyebut namaNYA,dan berusaha merobohkannya?Mereka itu tidak pantas memasukinya kecuali dengan rasa takut(pada ALLAH).Mereka mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat mereka mendapat azab yang berat”.Mungkin di negara orang Islam,tidak ada tindakan secara terang-terangan untuk merobohkan masjid,namun banyak tindakan daripada kaum Muslimin sendiri pada hari ini yang ingin menjatuhkan dan merobohkan institusi dan fungsi masjid ALLAH.
  9. Ingatlah wahai yang mereka-mereka yang terpedaya dan tertipu dengan kekuasaan yang ada,sebenarnya kuasa yang dimiliki itu tidak akan kekal buat selama-lamanya.Sekiranya ALLAH dapat meberikan kekuasaan itu pada kita,ALLAH juga dapat menarik kekuasaan itu daripada genggaman kita.”Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkaulah yang memberikan kerajaan(kekuasaan)  kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkaulah juga yang mencabut kerajaan(kekuasaan) dari orang yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
  10. Di bawah ini,saya sertakan satu klip video yang memaparkan bagaimana penderitaaan penduduk Palestin di Gaza yang tertindas dan ditekan oleh mereka yang rakus kuasa,Israel Laknatullah.

One Response to Bila Manusia Rakus Kuasa

  1. nur Muhammad says:

    Binasa dan celakalah pemimpin2 kerajaan yang zalim di atas muka bumi ini yang menghalangi manusia dari jalan Allah..di dunia mereka dilaknat oleh Tuhan yang Maha Kuasa beserta seluruh makhlukNya dan diakhirat AZAB siksaan yang amat pedih sudah menanti…..tunggulah kamu wahai musuh ALLAH dan Rasul, sesungguhnya aku juga termasuk orang2 yang menunggu!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: