TG Nik Aziz Bimbang Perkataan Allah Disalah Guna

Menteri Besar Kelantan,Datuk Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

Sumber:Harakah Daily

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam perlu disekat, kerana bimbang ia disalahgunakan sehingga mengelirukan orang Melayu, khususnya generasi muda Islam.

Beliau berkata, walaupun dari segi hukum Islam, pengamal agama samawi (agama dari langit) dibenar menggunakan perkataan Allah, namun ia dikhuatiri disalahgunakan.

“Berhubung penggunaan perkataan Allah, sebenarnya dari segi hukum kepada pengamal agama samawi, memang boleh dan dalam al-Quran banyak disebut tetapi kita bimbang disalah guna.

“Dalam fiqah, boleh sekat orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Walaupun benda itu harus, tetapi dibimbangi disalah guna kepada orang Melayu hingga timbul celaru di kalangan anak Melayu.

“Bahkan akhir-akhirnya ini ada cadangan gereja pun nak disebut sebagai masjid Kristian. Ini nampak tak baik,” katanya semalam.

Dalam usaha mencari penyelesaian isu itu, Nik Aziz menyarankan supaya diadakan perundingan antara alim ulama Islam dengan paderi Kristian di negara ini.

“Kalau boleh, saya lebih suka perundingan bagi membincangkan tajuk di mana yang tidak kena Islam… mereka menerima Kristian, sedangkan Allah satu,” katanya.

Sumber:Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: