Pandangan Tentang Isu Penggunaan Nama Allah

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.(surah al-Ikhlas)

Artikel ini sekadar menghimpunkan dan menggabungkan pandangan tokoh-tokoh agama dan politik di Malaysia mengenai isu yang hangat diperkatakan sekarang di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Kristian The Herald menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan Tuhan.Saya memilih pandangan tokoh-tokoh ini yang saya bersetuju dan saya kira ramai yang berkongsi sama pandangan ini.

Isu ini sebenarnya sangat sensititif.Kena teliti dan berhati-hati serta jangan terlalu cepat menghukum seseorang.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin dalam blognya:

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Kita semua sedar secara jelas bahawa adanya dalil naqli yang mengharuskan penganut Kristian menggunakan nama ALLAH sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran:

“dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).”(surah Luqman,ayat 25)

“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan Yang memiliki dan mentadbirkan langit Yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang besar?”Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?”(surah al-Mukminun,ayat 86-87)

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (surah al-Zukhruf : 87-88).

TETAPI…

Klik untuk besarkan

Bagi saya,menggunakan dalil-dalil ini semata-mata adalah tidak cukup untuk kita membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian lebih-lebih lagi dalam sebuah akhbar yang mana kita tahu ianya akan dijual dan dibeli oleh ramai orang daripada kalangan rakyat Malaysia.Kita harus sedar akhbar The Herald ini mempunyai artikel dalam Bahasa Melayu dalam laman webnya.Artikel ini jika dibaca oleh orang Islam yang tidak jelas kefahamannya tentang Islam tentu sahaja boleh terpengaruh dengannya.Anda boleh buka sendiri di sini.

Adakah benar kebanyakan penganut agama Kristian atau kita Bible sendiri menggunakan nama Allah sebagai terjemahan kepada Tuhan.Jawapannya,TIDAK ADA!Anda boleh baca artikel ini yang saya perolehi dari laman web ini dan blog YB Zulkifli Noordin dan menilainya dengan mata hati.

“One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”

Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.”

JADI…

Kenapa akhbar The Herald ini beriya-iya ingin menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka?Anda boleh menjawab sendiri.Jika di semenanjung Malaysia saya kira ramai yang faham akan masalah ini tetapi bagaimana pula dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak yang merupakan sebahagian besar daripada Malaysia?Saya yang pernah beberapa kali ke Sabah kerana ibu saya sememangnya keturunan Bajau di sana iaitu Kota Belud merasakan bahawa sekiranya penggunaaan kalimah Allah dibenarkan,masyarakat di sana dengan mudah akan dikelirukan dan dipesongkan akidah mereka.Lebih-lebih lagi lihat sahajalah di sana anda boleh membilang dengan jari beberapa kerat sahaja masjid yang dibina di sana.Cuma terdapat di pekan dan bandar-bandar besar sahaja.Pegangan agama oleh masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak sebenarnya lemah dicampurkan dengan budaya,kepercayaan dan adat mereka yang masih lagi diamalkan sehingga hari ini.Adakah kita hanya ingin melihat semenanjung Malaysia sahaja disinari dengan cahaya Islam?Berapa banyak mubaligh kristian di Malaysia menarik orang Melayu Islam kepada Kristian berbanding dengan berapa ramai pula uztaz dan ahli agama Melayu Islam untuk menarik pemuda-pemudi kristian mendekati Islam?Fikir-fikirkan.

Hujah dan keadaan inilah yang menguatkan lagi pegangan saya untuk bersetuju dengan pandangan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar The Herald atau mana-mana penulisan yang boleh disebarkan secara terbuka kepada orang lain berdasarkan kaedah terkenal usul fiqh yang disusun oleh ulama iaitu saddu zara’ atau saddu zari’ah.Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Dr Harun Din dalam rakaman video dibawah ini:

BAGAIMANAPUN…

Jika ingin dibenarkan juga penggunaan kalimah Allah oleh akhhbar The Herald,beberapa garis peraturan dan garis panduan yang ketat mesti dikenakan sebagaimana yang dicadangkan oleh Dr Mohd Asri dalam blognya:

  1. Paling utama,kena pastikan ianya benar-benar tidak disebarkan dan dijual kepada orang Islam di Malaysia.Hanya untuk edaran dan bacaan penganut Kristian sahaja.(pandangan peribadi saya)
  2. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.
  3. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

Kedua,kita tidak harus membantah sekiranya penganut agama lain menyebut perkataan Allah dalam ucapan mereka dengan cara hormat yang membawa maksud yang benar dan betul umpamanya:

“Semoga Allah merahmati kamu”

“Allah yang menurunkan hujan”

“Allah yang mencipta langit dan bumi ini”

“Semoga Allah memberi rezeki kepada kamu”

Hal ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”(Riwayat Muslim)

AKHIRNYA…

Kita mesti berhati-hati dan berjaga-jaga dengan setiap langkah dan perkara yang dilakukan oleh penganut Kristian dan Yahudi.Kerana Allah s.w.t  telah memberi peringatan dan ancaman tentang bahayanya kedua-dua golongan ini.Janganlah mengambil tindakan yang akhirnya akan membahayakan dan merugikan agama Islam.Seharusnya umat Islam sepakat dalam hal ini dan tidak membuat pertimbangan atas dasar kepartian tetapi atas dasar mashlahah umat.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.”(surah Ali Imran,ayat 100)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. “(surah al-Baqarah ayat 120)

*Setelah membaca artikel ini,sebarkanlah perkara ini kepada orang lain kerana sabda Nabi s.a.w.:”Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”(Riwayat Bukhori).Maka menjadi kewajipan kita untuk menyampaikan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada orang lain berdasarkan kemampuan masing-masing.Sabda  Nabi s.a.w.:”ALLAH akan mencantikkan wajah seseorang yang mendengar daripada kami sesuatu perkara kemudian dia menyampaikannya(kepada orang lain) sebagaimana yang didengari,dan boleh jadi orang yang disampaikan perkara tersebut lebih memahami daripada orang yang mendengar”(Riwayat Tirmizi,hassan sohih).Seterusnya,amalkan perkara yang disebutkan di atas dalam kehidupan kerana amal itu buah kepada ilmu yang kita perolehi.Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

3 Responses to Pandangan Tentang Isu Penggunaan Nama Allah

  1. evilolyta says:

    salam ziarah

  2. ikhwanmuda says:

    Tapi facebook ramai yang tak curiga. kenapa ye?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: