Erti Hidup Ini

Untuk apa ya ada di sini,

Saban hari orang lain semakin pantas berlari,

Dek mungkin dunia berlipat tambah teknologi

Juga pasti kerna bertambah kurang isinya

Manusia kebanyakan ini

Ada mulut,tangan dan kaki

Ilmu datang tak henti-henti

Wang juga tak lekang di sisi

Teman-teman selalu saja mentertawakan hati

Tapi,

Semacam ianya tak memberi erti

Mengapa terasa seolah jiwa kering dan sepi?

Naluri terus mendesak

Perasaan mencari erti hidup kian mengasak

Bilakah persoalan ini bisa dirobek?

Diri inginkan makna hidup untuk dipasak

Datang ilham,membenam ke benak pemikiran

Kitab al-Quran terus dibukakan

Dibaca,dihayati,difahami setiap baris dan perkataan

Merenung kalam Tuhan Maha Menciptakan

Terkedu terkesima tergamam

Setiap huruf dan ayat kitab Tuhan

Menusuk setiap penjuru qalbu insan

Merungkai persoalan selama ini membelenggui

Diri bukannya tidak mempunyai erti

Tapi rebah dalam meraba sinar erti

Aduhai celaka manusia ini

Kenapakah engkau tidak cuba memahami

Engkau di sini hanya sebagai hamba abdi

Tunduk dan patuh hanya pada Tuhan Yang Kekal Abadi

Engkau di sini sebagai khalifah bumi ini

Memakmurkan dari tangan-tangan yang keji

Buat yang baik dan seru ke arah itu

Jauhi yang jahat dan halang dari ke situ

Di sini hanyalah sementara

Untuk persinggahan sekejap semata

Memang padanya ada gelak ketawa

Tapi semuanya tipu daya belaka

Sekelip mata boleh terlepas begitu saja

Hidup ini rupa-rupanya

Ibarat menabur benih di ladang yang besar

Mereka yang menjaganya sehingga mekar segar

Hasil tuainya nanti enak menyegar

Itulah syurga yang mesti terus dikejar!

DR MARZUKI-25 MUHARRAM 1431H/11 JANUARI 2010,KAHERAH,MESIR

3 Responses to Erti Hidup Ini

  1. guardian_AQ says:

    kadang2, hidup ini terasa kosong. mungkin sahaja dek hati yang membusung dengan tompokan dosa. namun mungkin jua kecintaan yang terindah buat Sang Pencipta. hingga detak nafas serasa berat bila tanpanya di hati. namun hidup inilah yang memberi erti akan kenikmatannya cinta Sang Pencipta. teruskan perjuangan wahai anak muda. ingatlah hadis ghulam, bagaimana teguh dan beraninya seorang pemuda, begitulah harapan yang disandarkan pd pemuda zaman ini .

    • drmarzuki says:

      insya ALLAH 19hb Februari ni,ISMA Mesir akan buat Daurah Kitab Ghulam Dakwah yang membahaskan mengenai hadis ghulam tu.

  2. guardian_AQ says:

    at taubah 111

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: