Hospital Pantai Ipoh Sedia Rawat Budak Sakit Kulit

(DARI KIRI) Dr S Vasan, Dr Dilshaad, Mohd Zahir dan Rosli melawat pesakit kulit kronik, Mohd Ihsan yang menjalani rawatan di Hospital Pantai Ipoh, semalam.

IPOH: Kesediaan sebuah hospital pakar menawarkan rawatan percuma kepada Mohd Ihsan Mohd Tahir, 11, yang menderita sakit kulit kronik sejak lahir memberi sinar baru kepada anak kecil itu.

Mohd Ihsan ditempatkan bilik isolasi, Hospital Pantai Ipoh (HPI), di sini, sejak Selasa lalu bagi mengelakkan jangkitan kuman serta pemantauan khusus berhubung penyakit kulitnya dilakukan.

Usaha membawa Mohd Ihsan ke hospital itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Mohd Zahir Abdul Khalid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Datuk Rosli Husin dan Pakar Ortopedik, Datuk Dr S Vasan.

Ketua Pegawai Eksekutif HPI, Dr Dilshaad Ali, berkata rawatan yang diberikan kepada Mohd Ihsan meliputi ortopedik, pergigian dan dermatologi.

Katanya, rawatan itu adalah percuma atas dasar tanggung jawab sosial korporat hospital berkenaan.

“Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan dengan pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mengadakan lawatan setiap tiga bulan ke rumah Mohd Ihsan di Kampung Tengah, Trong bagi melihat perkembangannya,” katanya sidang media di HPI di sini, semalam.

Pakar Dermatologi, Datuk Dr Sushil Ratti, berkata pemeriksaan awal mendapati, Mohd Ihsan mengalami ‘epidermolysis bullosa’ iaitu sejenis penyakit kulit berkaitan genetik.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan diteruskan bagi mencari penawar penyakit dialami Mohd Ihsan supaya dapat sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya yang memberitahu Mohd Ihsan dijangka mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dalam masa dua minggu.

Sementara itu, Mohd Zahir berkata, pihaknya yang mewakili kerajaan negeri sudah menemui beberapa pihak untuk membantu Mohd Ihsan sama ada dari segi perubatan dan barangan keperluan.

“Kita sudah meminta bantuan beberapa pihak seperti lampin pakai buang dan susu bagi memenuhi keselesaan Mohd Ihsan.

“Sebuah kerusi roda bermotor disumbangkan Kelab Bakti Gunung Kledang untuk kegunaan Mohd Ihsan,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Ihsan, Norazahariyah Mohamad, 44, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengurangkan beban penderitaan anaknya.

“Ini adalah takdir ditetapkan Allah. Saya cuma mampu berdoa dan berharap semoga anak saya mendapat penawar bagi mengubati penyakitnya dengan segera,” katanya.

*Bersyukurlah kita atas setiap nikmat yang kita dapat setiap hari yang terhitung banyaknya.Ya ALLAH,aku berlindung denganMu daripada dihilangkan segala nikmat di dunia & akhirat!

Sumber:Berita Harian Online

2 Responses to Hospital Pantai Ipoh Sedia Rawat Budak Sakit Kulit

  1. MAMA VOGUE says:

    ya allah….saya sangat bersimpati dengan penderitaan kanak2 ini. Ihsan seusia dengan anak saya dan sebagai ibu saya berasa tersentuh dan menitiskan airmata di atas penderitaannya. Ya allah kau hilangkanlah kesakitan yg dialami oleh anak kecil ini ya allah……sembuhkanlah segera penyakitnya dan lindungi ia. Semoga ank ini dapat menikmati kehidupan seperti kanak2 yg lain. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: