Tugas Sebagai Mukmin Tidak Pernah Terhenti

*Artikel lepas yang dicadangkan untuk pembacaan

Cuba kita renung sejenak mengenai diri kita.Apakah sebenarnya tugas kita di atas muka bumi ini?Adakah sebagai seorang pelajar atau pekerja (bagi yang sudah berkerja),atau seorang anak,atau sebagai sahabat,atau mungkin juga sebagai seorang suami?Ya,semua yang kita fikirkan itu mungkin betul berdasarkan keadaan diri kita masing-masing.Saya sendiri pun sekarang masih bergelar seorang pelajar yang mempunyai kedua-dua ibu bapa serta para sahabat handai.Namun,pernahkah kita terfikir adakah tugas yang kita miliki sekarang ianya akan kekal selama-lamanya atau akan berhenti mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan?

Persoalan ini sebenarnya penting bagi memastikan sama ada kita benar-benar faham dan jelas akan tugas sebenar kita di atas muka bumi.Jika sekiranya kita gagal memahami persoalan ini,maka segala tindak tanduk serta gerak geri akan menuju ke arah matlamat tugas yang bersifat sementara,yang akhirnya kita sendiri akan berhenti jua suatu masa nanti melaksanakan tuntutan tugas tersebut.

Saya berikan contoh satu contoh yang mudah.Rata-rata daripada kita apabila menjelangnya musim peperiksaan,semua orang akan memberikan tumpuan seratus peratus terhadap pelajaran serta bertungkus-lumus mempersiap diri bagi menghadapai peperiksaan tesebut.Maka,mulalah kita melihat ramai di kalangan kita yang membaca buku sepanjang masa,berjaga malam sampai hingga pukul 2,3 pagi dan malah ada yang tidak tidur langsung semata-mata untuk menghabiskan buku untuk dibaca.Alhamdulillah,saya katakan:semua ini bagus dan baik untuk diri kita bagi memastikan kita semua direzekikan oleh ALLAH keputusan yang cemerlang berdasarkan kadar usaha yang telah kita lakukan.

Namun,saya sering tertanya-tanya juga:Adakah kehadiran kita di Mesir ini hanya sekadar sebagai pelajar? Jika jawapan anda YA,saya kira itu satu tafsiran kepada tugas yang teramat-amat sempit yang anda letakkan di atas bahu anda.Adakah kita akan selama-lamanya berada di Mesir,belajar dalam bidang perubatan di Cairo University?Sudah tentunya tidak!Kerana setiap daripada kita akan pulang juga ke tanah air selepas 6 tahun setengah menuntut ilmu di sini. Maka,apabila kita sedar tugas sebagai seorang pelajar perubatan yang terbeban ke atas diri kita sebenarnya bukan tugas kita yang kekal,maka apakah sebenarnya tugas kita yang sebenar,tugas yang kekal sampai kita meninggalkan dunia ini,tugas yang menjadi tanggungjawab melebihi segala tugas yang ada di atas dunia ini?

Jadi,jawapannya tidak lain dan tidak bukan,tugas sebagai seorang mukmin atau mukminah.Saya tidak ingin mengulas terlampau terperinci mengenai apa yang yang dimaksudkan dengan mukmin atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “orang yang beriman atau yakin”.Cumanya saya nak kaitkan dengan pemahaman kita dengan tugas ini dengan realiti sebenar yang berlaku.Saya kira semua faham akan rukun-rukun iman yang telah kita pelajari di sekolah dahulu.Namun,persoalannya,adakah kita benar-benar telah melaksanakan tugas sebagai seorang mukmin?Atau kita sebenarnya cuba untuk memberhentikan sekejap tugas sebagai mungkin secara tidak sedar disebabkan oleh tugas-tugas kita yang lain?Saya akan bagi contoh kemudian.

Apabila kita bercakap mengenai tugas sebagai mukmin,sebenarnya bagi kita(bagi yang lahir 1990) yang dilahirkan oleh kedua-dua ibu bapa muslim,maka sebenarnya kita telah memegang jawatan ini selama hampir 20 tahun.Tugas ini sentiasa terpikul ke atas diri kita tidak kira sama ada kita belajar di sekolah rendah,sekolah menengah,atau universiti,ianya tidak pernah terhenti.Cumanya,mungkin tugas ini ditaklifkan(dipertanggungjawabkan)sebaik sahaja kita mencapai umur akhil baligh.Berbeza dengan tugas kita sebagai seorang pelajar perubatan,seperti mana yang telah saya sebutkan di atas,tugas ini akan berakhir juga nanti selepas 6 tahun setengah bergelumang dalam fakulti perubatan.

Baiklah,saya kira semua faham apa yang saya sebutkan di atas.Contoh yang saya berikan begini.Adakah seseorang yang belajar hingga lewat malam setiap hari demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,tetapi apabila tiba waktu solat fardhu subuh,dia tidak laksanakan tuntutan itu secara berjemaah di masjid sebaliknya melaksanakannya pada waktu yang hampir-hampir syuruk(terbit matahari) dan kadang-kadang selepas syuruk(subuh gajah),maka adakah individu dikira memahami tugas sebenarnya?Saya katakan:TIDAK.Hal ini kerana mana mungkin tugas yang utama iaitu sebagai seorang mukmin(melaksanakan solat subuh secara berjemaah) tiba-tiba tidak dilaksanakan secara sempurna disebabkan tugas lain yang lebih kecil daripada itu(yakni belajar sampai larut malam sehingga tergadai solat subuh).

Perkara inilah yang perlu renungi bersama.Kerana sesetengah individu saya dapati sebelum menjelangya musim peperiksaan,solat subuh berjemaahnya di masjid berada pada tahap yang bagus tetapi sebaik sahaja berada dalam musim peperiksaan ini,saya menjadi hairan apabila mendapati individu tersebut semakin hari semakin sukar untuk menghadirkan diri di masjid pada waktu subuh. Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh perbuatan kita yang melambangkan seolah-olah kita tidak memahami tugas kita sebenar iaitu sebagai seorang mukmin.Contoh di atas disebutkan memandangkan saya dan sahabat-sahabat sekarang masih berada dalam musim peperiksaan.

Secara ringkasnya seseorang yang bergelar mukmin bukan sahaja mesti mengucapkan kalimah “La ilah illallah,Muhammad Rasulullah” malah mesti menjaganya dan mempertahankan kalimah yang diucapkan itu.Janganlah disebabkan tugas kita selain daripada ini menyebabkan kita mengabaikan tuntutan terhadap kalimah syahadah itu.Tugas kita sebagai pelajar akan berhenti juga nanti sedangkan tugas sebagai mukmin tidak pernah terhenti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: