Manfaatkan Cuti Ini!

  1. Alhamdulillah,akhirnya semalam peperiksaan pertengahan semester bagi pelajar tahun 2 Kuliah Perubatan Universiti Kaherah telah pun tamat.Bebanan dan tekanan yang dirasakan semasa musim peperiksaan itu telah pun hilang.Mudah-mudahan Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.Kejayaan hakiki hanya akan datang bagi mereka yang ikhlas dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
  2. Penulisan kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat khususnya di Mesir.Untuk pengetahuan,setiap kali selepas peperiksaan pertengahan semester,semua pusat-pusat pendidikan di Mesir;sekolah,kolej dan universiti akan bercuti selama lebih kurang 2 minggu.Cuti musim ini dipanggil sebagai cuti musim sejuk atau cuti winter atau ajaazatus soif memandangkan musim sekarang ialah musim sejuk.
  3. Bagi kita di Mesir,tentu saja kita rasa cukup seronok dengan ketibaan cuti ini malah mungkin ternanti-nanti sejak dari awal lagi.Apatah lagi,bagi mereka yang baru sahaja menamatkan kertas peperiksaannya,maka cuti ini sebagai satu platform untuk melepaskan segala perasaan,keinginan yang sebelum ini terbeku serta hasrat yang tertangguh disebabkan persediaan untuk peperiksaan yang lepas.
  4. Jadi,bolehlah kita katakan bahawa daripada masa kita yang sempit sebelum ini menjadi cukup-cukup lapang dengan kehadiran cuti ini.Sebagai mereka yang mengakui dan menjadikan Nabi Muhammad s.aw. sebagai contoh teladannya dalam setiap gerak-gerinya dalam kehidupan seharian,kita mesti ingat dengan pesanan baginda yang berpesan kepada kita agar merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;antara salah satunya ialah rebutlah masa lapang sebelum datangnya masa sempit!
  5. Berdasarkan pesanan baginda s.a.w. yang amat berharga itu,saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk kita memanfaatkan cuti ini.
  6. Pertama,bagi mereka yang akan melancong sama ada sekitar Mesir atau luar dari Mesir,ambillah pengajaran daripada perjalanan anda ke tempat-tempat yang anda lawati khususnya tempat-tempat yang mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti Sinai,Istanbul(Turki),Sepanyol dan banyak lagi.Lihatlah bagaimana kesudahan mereka yang durhaka kepada Allah dan mereka yang taat kepadaNya.Sebagaimana firman Allah:“Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah(Yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul).Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). “(surah Ali Imran,ayat 137).Amatlah malang dan rugi bagi mereka yang banyak bermusafir dan melawat ke tempat-tempat yang mempunyai banyak kesan sejarah tetapi tidak dapat mengambil iktibar daripadanya bahkan lebih malang tidak mengetahui langsung asal-usul dan sejarah tempat berkenaan.Jadi,pesanan saya,kaji dulu sejarah sesuatu tempat sebelum melawatinya.Anda tidak akan rasa peri pentingnya sesuatu tempat sebelum anda mengetahui sejarahnya.

    Bersama sahabat-sahabat di dalam Masjid Umawi,Syria ketika cuti akhir tahun.Sedih kerana tidak dapat melihat as-Syeikh Dr Sa'id Ramadhan al-Buti di sana yang selalu memberi khutbah Jumaat di masjid ini.

  7. Kedua,jadikanlah cuti ini sebagai satu platform untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara serta merapatkan hubungan persaudaraan Islamiah dengan sahabat-sahabat kita sama ada di Mesir,Malaysia atau di mana-mana tempat mereka berada.Ziarahilah mereka sekiranya mereka tinggal berhampiran dengan kita.Jika jauh,gunakanlah kemudahan teknologi yang ada untuk telefon,mesej,chatting guna Yahoo Mesenger atau Skype,ataupun juga mungkin Facebook.
  8. Ketiga,memandangkan kita baru sahaja habis peperiksaan sudah tentu banyak pengajaran yang kita dapat daripadanya.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang belajar ‘last minute’ untuk peperiksaan lepas.Tentu saja terasa keperitannya memandangkan silibus pelajaran terutamanya bagi pelajar perubatan amat-amatlah banyak.Jadi,masa cuti yang ada ini,gunakanlah untuk membuat nota,ulangkaji subjek yang telah dipelajari kerana selepas dari cuti ini selama lebih kurang 2 bulan lebih kita akan menghadapi peperiksaan akhir semester pula.Jika kita tangguhkan semua topik dan bab untuk kita fahami,dalami dan ingat betul-betul pada waktu itu,saya rasa kita tak mampu untuk menghadamnya sebaik mungkin.
  9. Keempat,rancanglah masa untuk kita target untuk habiskan pembacaan selain daripada buku perubatan dan ulangkaji balik apa yang telah dibaca dan dipelajari seperti kitab fiqh,hadis,dakwah,tazkiyatun nafs(penyucian jiwa),sirah Nabis.a.w.,sejarah tamadun Islam dan sebagainya.Satu kelebihan bagi mereka yang belajar di negara Arab ialah mereka mudah untuk mendapatkan kitab-kitab agama dengan harga yang murah.

    Antara kitab yang bagus untuk dibaca bagi mereka yang ingin mewakafkan diri di jalan dakwah.Walaupun ringkas,tetapi padat dengan isi.

  10. Empat perkara yang saya sebutkan di atas merupakan antara panduan untuk kita memanfaatkan cuti ini.Janganlah nanti apabila ditanya nak buat apa cuti ini,kita kata ‘tak tau nak buat apa’.Ingatlah masa akan terus berjalan dan tidak akan berhenti.Masa yang telah berlalu tidak akan dapat diputarkan balik sebagaimana kita memutarkan balik rakaman sesuatu peristiwa melalui rakaman video atau audio.
  11. Di sini,saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat-sahabat yang sedang bercuti.Semoga dengan cuti ini memberikan satu nafas dan semangat baru untuk kita meneruskan perjuangan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumiNya!

2 Responses to Manfaatkan Cuti Ini!

  1. othman says:

    Salam. Saya dan isteri akan ke Cairo November 2010 ada sedikit urusan. Sekadar bertanya. Ada ke pelajar Malaysia yang secara part-time sediakan bilik dan pakej lawatan sekitar Cairo sekitar 5 hari?

    • drmarzuki says:

      wmslm.saya dah hantar maklumat mengenai perkhidmatan lawatan sekitar Kaherah yang disediakan oleh pelajar2 di sini ke emel Encik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: