Siri 4:Doa & Zikir Kepada Orang Yang Memakai Pakaian Baru

  1. (Daripada hadis riwayat Ibn Majah & al-Baghawi,lihat Sahih Ibn Majah)

Ilbis jadiidan wa 'isy hamiidan wa mut syahiidan

Maksudnya: Pakailah yang baru,hiduplah dengan kepujian,dan matilah sebagai syahid(syahid:seseorang yang mati beperang menentang orang kafir[harbi] untuk menegakkan kalimah Allah di tempat tertinggi atau mempertahankan Islam.Kalimah syahid juga membawa erti yang lain sebagaimana yang disebutkan oleh as-Sunnah seperti seseorang yang mati mempertahankan nyawanya,hartanya atau keluarganya;wanita yang mati kerana melahirkan anak;atau seseorang yang mati lemas)

KEUTAMAAN BERDOA DENGAN DOA YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN HADIS (MA’THUR)

Perkara ini sangat penting untuk disebutkan.Ramai yang tidak mengetahui akan kepentingan dan keutamaan untuk berdoa dan beramal dengan doa-doa yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis.Walaupun kita mengetahui bahawa seseorang adalah diizinkan untuk berdoa dengan menggunakan lafaz sendiri namun kita perlu sedar bahawa adalah lebih utama dan afdhal untuk kita berdoa dengan lafaz-lafaz doa yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis.Selain daripada keberkatan lafaz itu sendiri,kebiasaannya doa-doa daripada 2 sumber ini mengandungi unsur-unsur tauhid,lafaz yang memuji kebesaran Allah,lafaz rintihan serta lafaz yang menunjukkan rendah diri di hadapan Allah.

Atas dasar inilah kita mesti sebanyak mungkin berdoa dengan doa-doa yang ma’thur.Ingatlah kehidupan baginda Nabi s.a.w. adalah semuanya lengkap dengan doa-doa yang ditunjuk ajarkan oleh baginda Nabi s.a.w. daripada mula bangun daripada tidur sehinggalah kepada tidur kembali.Mudah-mudahan dengan kita mengikut Nabi s.a.w. dalam berdoa,kita semua mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah.

Firman Allah:“Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku(yakni Nabi Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(surah ali-Imran,ayat 31)

KEUTAMAAN BERDOA DAN BERZIKIR

“Kerena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. “(surah al-Baqarah,ayat 152)

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”(surah al-Ahzab,ayat 41)

Nabi s.a.w. bersabda:”Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati Allah seperti orang yang hidup dengan yang mati“(Riwayat Bukhari & Muslim.al-Imam Muslim meriwayatkan dengan lafaz yang sedikit berbeza)

Nabi s.a.w. bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan perbuatan yang terbaik ,paling suci di sisi Tuhanmu, dan paling mengangkat darjatmu,lebih baik bagimu dari menginfakkan emas atau perak,lebih baik bagimu dari bertemu dengan musuhmu,lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?“Para sahabat yang hadir berkata:”Mahu(Ya Rasulullah)”.Baginda s.a.w. bersabda:”Zikir kepada kepada Allah Taala“(Riwayat Tirmidzi & Ibn Majah)

Daripada Abdullah ibn Busr dia berkata:Ada seorang lelaki berkata:”Wahai Rasulullah!Sesungguhnya syariat Islam telah banyak bagiku,oleh kerana itu beritahu aku sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya.Baginda s.a.w. bersabda: “Tidak hentinya lidahmu basah kerana zikir kepada Allah (lidahmu selalu berzikir kepada Allah)”(Riwayat Tirmizi & Ibn Majah)

Rujukan:Kitab “حصن المسلم من أذكار الكتاب والسنة” , disusun oleh as-Sheikh Sa’id ibn ‘Ali ibn Wahf al-Qahtani

*Setelah membaca artikel ini,sebarkanlah perkara ini kepada orang lain kerana sabda Nabi s.a.w.: “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”(Riwayat Bukhori).Maka menjadi kewajipan kita untuk menyampaikan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada orang lain berdasarkan kemampuan masing-masing.Sabda  Nabi s.a.w.:”ALLAH akan mencantikkan wajah seseorang yang mendengar daripada kami sesuatu perkara kemudian dia menyampaikannya(kepada orang lain) sebagaimana yang didengari,dan boleh jadi orang yang disampaikan perkara tersebut lebih memahami daripada orang yang mendengar”(Riwayat Tirmizi,hassan sohih).Seterusnya,amalkan perkara yang disebutkan di atas dalam kehidupan kerana amal itu buah kepada ilmu yang kita perolehi.Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: