Tips Pelajar Cemerlang

  1. Kali ini cuma nak berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai rakaman audio ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi tanah air terkenal,Dr. Fadzilah Kamsah mengenai tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang.
  2. Mungkin tajuk ini sudah lali dan  biasa kita dengar akan tajuk ini sejak di bangku sekolah lagi namun perkara yang akan disebutkan inilah sebenarnya antara faktor,tips dan petua untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Kecemerlangan yang saya cuba tekankan di sini adalah banyak berkaitan dengan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.Sebelum itu,haruslah diingat kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya sekadar dinilai pada tahap prestasi pencapaian dalam peperiksaan sahaja,malah banyak aspek lain lagi yang akan menentukan sama ada seseorang itu pelajar cemerlang atau tidak,seperti menghormati ibu bapa dan guru,berakhlak mulia dengan rakan-rakan dan masyarakat,menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan masyarakat dan banyak lagi faktor lain yang tidak mampu untuk disenaraikan di sini.
  3. Kita juga harus ingat bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan adalah merupakan salah satu daripada tuntutan agama Islam itu sendiri.Bacalah sejarah-sejarah tamadun kegemilangan Islam dahulu tentang kehebatan dan kecemerlangan umat Islam ketika itu yang telah berjaya menguasai ilmu pengetahuan seperti bidang agama,sains dan teknologi,perubatan,ilmu falak dan sebagainya.Sehinggakan ketika itu,dunia Barat disebutkan sebagai zaman kegelapan atau Dark Period kerana kejahilan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan.Inilah sejarah yang tidak boleh kita ubah yang telah mencatatkan kegemilangan umat Islam terdahulu.Oleh sebab itu,antara kewajipan kita pada hari ini adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan.
  4. Berbalik semula pada tajuk sebenar,menurut kajian sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Fadzilah Kamsah bahawa kita hanya akan mampu mengingati sesuatu ilmu sebanyak 10% jika sekadar membaca.
  5. Jika kita mendengar sahaja,sebanyak 20% yang mampu kita ingat,jika dengar dan lihat(seperti melihat apa yang diajarkan oleh guru-guru) sebanyak 50%.
  6. Apabila kita menyebut sesuatu ilmu yang dihafal secara kuat,maka sebanyak 70% yang mampu kita ingat.Akhirnya sekiranya kita mengamalkan ilmu yang dihafal maka insya Allah sebanyak 90% yang mampu lekat pada memori otak kita.
  7. Betullah pepatah Arab yang mengatakan “ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah”.Dengan beramal ia mampu memberikan buah hasil yang terbaik kepada ilmu yang kita miliki antaranya tahap ingatan yang kuat akan ilmu berkenaan.
  8. Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang memerintahkan agar kita mengamalkan ilmu yang kita perolehi malah memberikan ancaman yang keras kepada golongan yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya seperti golongan Yahudi yang mengetahui akan kebenaran Islam tetapi tidak mahu beramal untuk Islam sebaliknya menentang Islam.
  9. Kemudian,sekiranya semakin banyak kita menggunakan deria dalam belajar,semakin kuat dan cepat untuk kita mengingati sesuatu ilmu.Juga,dalam kita belajar,kita hendaklah belajar secara aktif bukan pasif.Maksud aktif di sini ialah kita dapat belajar dengan penuh konsentrasi atau perhatian.Antara ciri pelajar yang aktif ialah mereka yang apabila membaca,mereka menggunakan jari telunjuk atau pen untuk menunjuk isi yang sedang dibaca,menggariskan isi-isi yang penting.Semua itu demi mengelakkan daripada kehilangan konsentrasi.Haruslah difahami belajar secara aktif di sini bukanlah merujuk kepada belajar sambil mendengar muzik yang dipasang kuat ataupun sambil bersembang tetapi ia merujuk kepada belajar secara penuh konsentrasi.Jika kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang dibaca,maka pada ketika itulah kita dianggap sebagai belajar secara pasif.
  10. Akhir sekali,renungilah kata-kata al-Imam Syafei rahimahullah ini: Aku mengadu kepada Waki’(al-Imam Waki’ ibn Jarrah rahimahullah,guru kepada al-Imam Syafei rahimahullah) tentang buruknya hafalanku,maka dia menyuruhku supaya meninggalkan maksiat,dan dia mengatakan kepadaku bahawa sesungguhnya ilmu Allah itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat.”

3 Responses to Tips Pelajar Cemerlang

  1. nurzuliana says:

    salam…ana pelajar tgktn 4 di salah satu sek agama dlm ngara ni..pertama kali ana membaca blog ni,ana begitu terpukau dgn kehebatan generasi yang seagama dgn ana…tahniah..ana doakan saudra berjaya insyaAllah…amin..(doakan ana nak jadi doktor ek):)

  2. SMA AL-FALAH CreW,TRG says:

    iye

  3. nur asyikin md isa says:

    maaf…m0h0n utk share article ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: