Ramai Yang Masih Jahil Asas Agama

''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imamus Syahid Hassan Al-Banna

  1. Untuk membina bangunan yang tinggi dan kukuh seperti Menara KLCC dan KL Tower sudah semestinya memerlukan binaan tapak dan asas yang kuat dan mampu menampung berat bahan yang akan dibina di atas. Sekiranya binaan asas itu lemah, maka bangunan itu tidak akan mampu bertahan lama dan boleh runtuh pada bila-bila masa sekalipun bahan yang dibina untuk membuat dinding,atap serta bumbung bangunan berkenaan adalah daripada bahan-bahan berkualiti. Begitu juga contoh lain seperti pokok kelapa yang tinggi sekiranya akar di bawahnya sudah mula reput dimakan anai-anai dan serangga lain, maka pada masa itu, kita tahu rumah kita berada dalam keadaan tidak selamat sekiranya berada berhampiran pokok kelapa berkenaan kerana ia mungkin akan tumbang bila-bila masa sahaja.Saya kira semua faham dengan jelas mengenai hal ini.
  2. Begitu juga dengan agama Islam yang merupakan satu institusi agama yang paling hebat,lengkap dan agung dalam dunia ini sudah semestinya mempunyai satu asas yang lengkap,padu dan kukuh memandangkan cabang-cabang Islam itu cukup luas dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Jika manusia gagal mengetahui dan memahami asas-asas Islam, maka mereka tidak akan mampu memahami apakah tujuan Islam itu datang?Kenapa seluruh umat manusia perlu mengikut ajaran Islam?Bagaimanakah Islam dapat memberikan kebahagiaan dalam diri manusia?Bagaimanakah Islam dapat menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia dan sejauh mana Islam boleh menyediakan alternatif dan penyelesaian kepada masalah ini?
  3. Persoalan-persoalan yang saya timbulkan di atas perlu kita tanya dalam diri masing-masing. Mungkin anda yang membaca tulisan saya ini merupakan insan-insan yang sudah memahami asas-asas Islam dengan baik tetapi bagaiman pula dengan saudara-saudara seislam kita di luar sana terutamanya golongan remaja di Malaysia yang kita lihat banyak berkeliaran di pusat-pusat membeli belah,stesen bas,pusat-pusat karaoke dan lain-lain?Perkara ini mesti kita fikirkan kerana sesetengah daripada kita kadang-kadang terlupa akan golongan-golongan ini kerana terlalu memberi fokus kepada golongan yang sudah mampu memahami Islam dengan baik.
  4. Saya ingin bercerita satu kisah pengalaman hidup rakan saya dalam menghadapi rakan-rakannya yang sudah terpesong jauh dari Islam dan hanyut dalam dunia.Saya cukup kagum dengan tindakan yang diambil olehnya.Semoga kita semua mencontohi keberanian dan tindakannya.Saya namakan kawan saya dengan A.Suatu hari kawan A mengajak A ke satu tempat.A masih belum tahu ke mana kawannya ingin tuju.Tetapi dalam perjalanan ke sana,tiba-tiba kawan A memberi tumpang 2 orang perempuan di belakang kereta.Perempuan ini agak teruk dari segi pemakaiannya.A mula curiga dengan kawannya.Setibanya di tempat yang dituju,A masuk ke dalam tempat yang dimasuki oleh kawannya dan perempuan tadi.Alangkah terkejutnya A apabila mendapati tempat itu ialah KELAB DISKO.Pada masa itu,A melihat gelagat-gelagat manusia yang sedang asyik dengan hiburan.Di tengah-tengah pentas dalam disko itu,A lihat gelagat lelaki dan wanita yang sedang berhibur.Mereka seolah-olah umpama pasangan suami isteri yang sudah tiada batasan aurat pada masa itu.Kemudian,A mencari balik kawannya tadi.Akhirnya A lihat kawannya ingin meneguk botol arak.A cepat-cepat ke situ dan berkata dengan nada yang keras:”Hei,kalau ko minum benda ni,aku bunuh ko!Betul!”.Perempuan yang tumpang dalam kereta tadi lalu menyampuk:”Rilekslah bro..” sambil meneguk botol arak.A tanpa teragak-agak terus menarik tangan kawannya dan perempuan tadi keluar dari disko berkenaan.”Aku akan bawa ko semua ke tempat yang lebih seronok dari sini”,kata  A pada mereka.Akhirnya A bawa mereka ke Restoran Mamak.Di sana, A mula marah pada kawannya dan perempuan tadi.”Hei,ko tak fikir ke camana kalu ko mati kat sana?”.”Ko ni plak(perempuan yang tumpang kereta) daripada pakai baju camni baik ko terus bogel depan ni”.Itu antara yang dikatakan A kepada kawannya.Kemudian, A mula bercerita mengenai hukum tidak boleh meminum arak,perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik,kisah-kisah Nabi dan sebagainya. Mereka pun berkata pada A:“Kami sebenarnya tak tahu pasal ni semua!”.
  5. Saya masih teringat dalam satu siaran berita, adanya temubual dengan masyarakat mengenai Hijrah Nabi s.a.w..Boleh anda bayangkan bagaimana seorang lelaki muslim berumur lingkungan 20 an,boleh keliru dan tertukar sama ada hijrah  Nabi s.a.w. dari Mekah ke Madinah atau Madinah ke Mekah.Innalillah wa inna ilaihi raji’un.
  6. Dua kisah yang saya sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan ramai lagi masyarakat di luar sana masih jahil akan asas agama Islam.Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam menangani masalah ini.Namun realiti yang berlaku sekarang dalam kalangan mereka yang faham akan Islam,sebahagian daripada mereka bergaduh dan berbalah antara satu sama lain kononnya jemaah inilah yang lebih baik,pendapat fiqh aliran inilah yang lebih tepat dan sebagainya.Perbalahan ini cukup dahsyat sehingga membawa kepada boikot kepada individu dan jemaah tertentu.Apa faedah kepada ini semua?Apa yang anda dan umat Islam dapat?Adakah dengan berkeras dalam masalah-masalah perbezaan fikrah antara jemaah dan perbezaan hukum fiqh boleh mengangkat kalimah Allah di tempat yang tertinggi dalam dunia ini?
  7. Hentikanlah perbalahan ini. Tumpukan kerja-kerja menyampaikan Islam kepada masyarakat yang rata-rata masih kabur mengenai Islam. Kita cuba bekerjasama dalam perkara yang boleh kita bekerjasama dan berlapang dada dalam perkara yang kita berselisih pandangan selagi mana pandangan itu masih berlandaskan nas-nas syarak. Cubalah kita fikir sejenak,berapa banyakkah masa yang telah bazirkan perbalahan ini sedangkan masa itu sebenarnya boleh kita gunakan untuk menyampaikan Islam kepada mereka yang masih lagi jahil akan asas-asas agama?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: