Mencari Keberkatan Masa

Hidup kita pasti tidak akan terlepas dengan masa.Sama ada kita mahu mengikat diri dengan masa ataupun tidak,hakikatnya masa sentiasa melingkungi kehidupan kita.Masa ibarat tong oksigen yang memberikan ruang nafas untuk membolehkan kita menjalankan tugas dan aktiviti seharian.Tanpanya,manusia akan tercungap-cungap kesempitan untuk mengatur perjalanan hidup mereka.Namun,hakikatnya setiap manusia diberikan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari untuk digunakan.Beza antara kita  cuma bagaimana kita menggunakan masa yang ada agar ia cukup untuk kita hidup.Tetapi,pada hari ini,ramai dalam kalangan kita sebenarnya bukan kekurangan masa sebaliknya berlebihan sehingga tidak tahu ke mana harus digunakan masa yang masih ada.

Membazir Masa Itu Satu Kerugian Besar

Sebenarnya bukan sahaja membazir wang ringgit membawa kepada kerugian tetapi juga membazir masa,bahkan boleh membawa kepada kerugian yang lebih besar.Namun,ramai yang tidak menyedari hakikatnya.Mungkin kerana jika kehilangan wang kita akan dapat terus merasai kerugiannya tetapi kehilangan masa kesan kerugiaannya dirasai dalam jangka tempoh yang lama.

Jika kita tanya antara orang yang cemerlang dalam pelbagai bidang seperti pelajaran,perniagaan,kerjaya,dan sebagainya, sudah pasti kita dapati bahawa mereka yang cemerlang sangat menitik beratkan soal masa.Mungkin ada juga masa mereka yang tidak terisi tapi mereka akan pastikan masa mereka terisi dengan target,misi dan visi yang ingin dicapai dalam bidang yang diceburi.

Saya ingin memberikan contoh realistik yang berlaku dan berlegar dalam kalangan pelajar perubatan di sini.Di sini,berbagai ragam pelajar yang wujud di sini.Ada yang yang betul-betul memanfaatkan masanya untuk pelajaran semata-mata,ada juga peruntukkan masa di samping pelajaran untuk kerja-kerja persatuan yang wujud di sini,dan ada juga yang memang langsung tak memanfaatkan masa mereka hatta pada pelajaran mereka.Sehinggakan semasa musim peperiksaan akhir tahun berlangsung,masih tidak serius dengan ulangkaji pelajaran.Masih lagi menonton movie sehingga larut malam sehingga menyebabkan tidur lewat malam,Subuh tergadai,dan tidur sehingga ke waktu Zuhur.Buku dibaca dalam beberapa ketika kemudian terus hilang fokus.Manakan tidak,mungkin kerana tidak faham akibat kerap terlepas dan ponteng kuliah di universiti.Namun kesemua nanti akan mendapat hasil dan kesan yang dilakukan oleh tangan mereka.Akhirnya,ada yang mendapat mumtaz(gred paling cemerlang),jayyid jiddan,jayyid,maqbul dan yang agak menyedihkan ramai juga yang dhaif(lemah)serta rasib tahriri(gagal peperiksaan bertulis).Bagi yang mendapat keputusan dhaif dan rasib tahriri mereka terpaksa menduduki peperiksaan sekali lagi untuk peluang kedua pada bulan Ogos nanti,jika tidak terpaksa menambah tahun pengajian di sini.Nilailah sendiri sejauh mana sebenarnya kita telah bermesra dengan masa dalam keadaan kita belajar dan mengulangkaji selama setahun yang lepas.

Soal menjaga dan menepati masa ini sebenarnya sudah diajar sejak bangku sekolah lagi.Sehinggakan saya sendiri sudah muak dengan ceramah-ceramah motivasi di sekolah dahulu yang isinya hampir sama iaitu menekankan perihal soal menepati masa serta menggunakannya sebaik mungkin.Mungkin juga mual disebabkan si penceramah motivasi itu sendiri yang datang lewat ke program.Bak ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul,hakikatnya dia sendiri masih tidak dapat berjalan dengan betul.

Bacaan Selepas Tamat Majlis

Jika kita tanya mereka yang ada asas agama,apakah bacaan selepas tamat majlis,tentu mereka menjawab;tasbih kafarah dan surah al-Asr.Namun pernahkah kita tanya mereka dan diri kita,untuk apa kita membacanya?Apa yang kita dapat daripada pembacaannya?Kita cuba renung,lihat dan berfikir maksud surah al-Asr di bawah ini:

“Demi masa.Sesungguhnya sesungguhnya semua manusia berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan membuat amal dan kerja kebaikan.Dan mereka yang berpesan-pesan akan kebenaran.Dan mereka yang berpesan-pesan akan kesabaran.”

Nah!Allah s.w.t. sendiri telah bersumpah dengan keagungan masa dan menjanjikan setiap daripada kita berada dalam kerugian.Hanya mereka yang mempunyai 4 ciri di atas sekaligus sahaja yang terlepas daripada belenggu kerugian.Namun,hakikatnya kita membaca surah ini sekadar di bibir dan tidak melepasi tengkuk untuk turun ke jantung hati.Akibatnya jantung hati terus terleka dengan masa yang merugikan mereka.

Bagaimana mendapatkan keberkatan masa

Masa ini antara dua:memberi keberkatan dan kebahagiaan atau memberi kerugian dan kecelakaan.Kebahagiaan dan keberkatan yang diperoleh melalui masa hanya akan dapat dikecapi apabila kita melaksanakan keempat-empat ciri yang Allah sebutkan surah al-Asr.Cuma kadang-kadang orang ramai menyempitkan maskud “…dan membuat amal soleh”.Mereka fikir amal soleh itu hanya berkaitan dengan ibadat khusus seperti solat,zikir,puasa dan lain-lain.Ya,ibadat khusus itu memang merupakan amal soleh tetapi amal-amal yang lain seperti berniaga,berkebun,belajar termasuk juga dalam amal soleh sekiranya memberikan manfaat pada diri dan umat.Al-Quran tidak menggunakan perkataan ‘dan mereka yang membuat ibadat’ sebaliknya menggunakan perkataan ‘amila’ yang bermaksud membuat kerja.Jadi,apa-apa kerja yang baik dikira soleh dengan syarat mereka kena terlebih dahulu beriman dengan Allah.Namun,hakikatnya,setiap kerja yang kita lakukan ialah ibadat jika kita ikhlas dan tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Untuk membuat sesuatu kerja,sudah tentulah kita memerlukan perancangan.Pepatah Inggeris yang masyhur menyebutkan ‘failing to plan is planning to fail’.Namun,masih ramai yang ramai tidak membuat apa-apa perancangan dalam hidup mereka.Kebanyakannya merancang untuk jangka masa yang pendek sahaja dan membiarkan masa depan mereka terus kabur.Kegagalan dalam menentukan perancangan dan matlamat hidup ialah soal yang parah yang melanda umat Islam sekarang.Mereka telah diperdaya dengan matlamat hidup orang Barat yang hanya menekankan soal harta,pangkat,wanita dan semua yang berkaitan dengan dunia.Sedangkan masa yang ada untuk kita dalam dunia hanya seketika.

Kita sebagai umat Islam seharusnya merancang untuk mati.Bukan mati sia-sia tetapi mati dalam husnul khatimah.Tidak semua orang mendapat husnul khatimah kecuali mereka yang benar-benar yang merancang dan mengisi masa mereka berlandaskan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.Sedarlah, panjang mana pun tempoh umur kita di dunia,mati juga yang akan dituju.Kita semua pasti akan menghadap Allah s.w.t.Dalam surah al-Insyiqaq ayat 6 Allah s.w.t berfirman:

“Wahai manusia!Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu,maka kamu akan menemui-Nya(manusia di dunia ini baik disedari atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya.Dan pasti dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasan-Nya dari perbuatannya yang buruk mahupun yang baik).”

Mati itu sebenarnya tarikh sebenar untuk kita menduduki peperiksaan teramat agung yang menentukan tempat tinggal dan masa depan kita sama ada kekal celaka di neraka atau kekal bahagia di syurga.Bacalah kisah-kisah sahabat,bagaimana mereka mencipta kematian mereka.Mereka tidak jemu turut serta bersama Rasulullah s.a.w. dalam setiap peperangan semata-mata ingin mendapatkan mati syahid.

Maka,jika sudah jelas matlamat dan perancangan hidup,maka laksanakanlah perancangan tersebut dengan ikhlas,sabar dan istiqamah.Jika masa sudah diikat dengan amalan-amalan soleh kita percayalah sebenarnya kita telah diikat dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Apa Yang Anda Rancang Untuk Ramadhan Akan Datang?


Tinggal beberapa hari sahaja untuk kita melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan yang mulia.Hati yang beriman sepatutnya ternanti-nanti akan ketibaan bulan ini namun malangnya ramai yang tidak menyedarinya malah ada yang merasa keberatan di hati kerana sudah tidak dapat makan di siang hari pada bulan puasa.

Ingatlah Ramadhan ini hanya datang setahun sekali.Kita pada hari ini belum tentu dapat melangkah masuk ke dalam Ramadhan tahun ini.Boleh jadi,nyawa kita akan ditarik sebelum sempat kita bernafas dalam bayu kerahmatan Ramadhan tahun ini.Sedarlah kita sebagai umat akhir zaman amatlah imannya dan dipenuhi dengan pelbagai dosa.Dosa seolah menjadi santapan harian kita.Hati,mata,telinga dan nafsu kita telah dilumuri oleh kepekatan dosa.Maka, adakah kita ingin kembali menghadap Allah s.w.t. di hari muka kelak dengan dosa-dosa yang ada?Tidak inginkah kita untuk memadamkannya?

Jika ingin,maka jawapannya;marilah kita sama-sama merebut peluang Ramadhan yang ada pada tahun ini.Allah s.w.t. telah menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya atas lisan Nabi Muhammad s.a.w. bahawa dosa-dosa mereka yang telah lalu akan dipadamkan sekiranya mereka benar-benar menggunakan masa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dan keredhaan daripada Allah s.w.t.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda:“Barangsiapa yang bangun menghidupkan malam al-Qadr (Lailatul Qadr) semata-mata kerna iman dan pengharapan (kepada redho Allah) maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan semata-mata kerna iman dan pengharapan (kepada redho Allah) maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”(Riwayat al-Bukhori r.h.)

Rancanglah untuk Ramadhan kali ini agar keampunan dan rahmat Allah menjengah dalam lapangan hidup kita.Masih sempat lagi untuk kita membuat persediaan terakhir.Tingkatkanlah amalan-amalan kebaikan kita seperti membaca al-Quran,berzikir,istighfar,solat-solat sunat dan sebagainya.Janganlah pula kita rugi dan hilang keberkatan dalam kesempatan masa yang ada bersama Ramadhan!

Nabi s.a.w. bersabda:“Telah gagal dan rugilah orang yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan(oleh Allah s.w.t.) ke atasnya”

4 Responses to Mencari Keberkatan Masa

  1. arelong says:

    Syukran Ya Akhi…!!!
    d atas peringatn yg diberikan…
    Kite same2 bermohon kpd Allah supaya diri kita tergolong dlm gol yg bermujahadah & beristiqamah dlm memanfaatkn masa yg ade.

  2. hazwan says:

    salam

    bolehkah nak copy beberapa artikel pilihan utk dimuatkan ke dalam website ISMA ?

    • drmarzuki says:

      wmslm.silakan..semua artikel yang ada dalam blog ini adalah untuk sebaran untuk semua.ballighu ‘anni walau ayah(HR Bukhori)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: