Panduan Mencari Rumah Sewa di Mesir

Memandangkan ada sebahagian daripada rakan-rakan di Mesir ini masih lagi tengah mencari rumah untuk disewa,maka saya tulis artikel mengenainya secara ringkas.Dengan harapan ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang prosedurnya serta mengelakkan masalah-masalah yang tak sepatutnya berlaku.
Saya menulis berdasarkan pengalaman peribadi yang singkat dalam mendapatkan rumah sewa untuk sahabat-sahabat sebelum ini.Panduan ini sebenarnya adalah untuk mereka yang ingin tinggal di kawasan sekitar Sayeda Zeinab,Abu Risy,Munirah dan Zinhum.Namun,isi-isi yang disebutkan secara umum boleh diaplikasikan oleh semua penuntut ilmu di Perlembahan Nil ini.
Bagaimana untuk mencari rumah sewa di satu-satu kawasan?
Ada tiga cara untuk mencari rumah yang sedia untuk disewa di satu-satu kawasan.
  1. Melalui perkhidmatan ‘simsar'(orang tengah).
  2. Melalui ‘bawab'(guard bangunan).
  3. Melalui ‘sohibus shaqqah’ tuan rumah secara langsung

Cara pertama:Simsar merupakan orang tengah yang menghubungkan antara tuan rumah dengan kita yang ingin menyewa rumah.Simsar juga bertanggungjawab dalam mencari rumah-rumah sewa yang ada di satu-satu kawasan.Biasanya mereka mempunyai pejabat mereka sendiri.Setiap kawasan ada simsar masing-masing.Bolehlah bertanya kepada senior-senior atau orang Mesir di mana lokasi pejabat simsar.

Antara kelebihan menggunakan simsar ialah kita dapat menemui rumah untuk disewa dengan cepat dan mudah.Hal ini kerana semua maklumat mengenai rumah sewa sudah ada dalam fail simsar berkenaan.Kebiasaannya di tangan simsar terdapat senarai rumah yang boleh disewa.Maka,kita boleh meninjau dan melihat keadaan setiap rumah yang disenaraikan,kemudian membuat keputusan untuk memilih mana rumah yang terbaik dan sesuai untuk diduduki.

Namun terdapat juga kelemahan dalam menggunakan perkhidmatan simsar iaitu mereka akan mengenakan bayaran yang dikenali sebagai ‘amulah’.Kebiasaannya mereka akan menuntut bayaran ‘amulah’ sebanyak harga sewa sebulan bagi rumah yang dipilih oleh kita untuk disewa.Bayaran ‘amulah’ ini hanya sekali sahaja sebagai caj perkhidmatan untuk mereka dalam mendapatkan rumah berkenaan.

Cara kedua:Sebahagian bawab tahu mengenai rumah yang boleh disewa di sekitar kawasan mereka.Namun,maklumat yang mereka miliki terhad,tidak seperti simsar.Mereka tidak ada pejabat khas kerana mereka hanya melakukan kerja sampingan  mendapatkan rumah sewa untuk kita.Kerja utama mereka menjaga bangunan tertentu sama ada keselamatan,kebersihan,kebajikan dan lain-lain.Mereka juga akan menuntut sedikit bayaran tetapi jauh lebih murah daripada simsar.Bagaimanapun,cara kedua ini jarang digunakan dan agak sukar.

Cara ketiga:Cara ini juga agak jarang digunakan.Tuan rumah lebih selesa menyerahkan kepada simsar untuk mendapatkan pelanggan yang ingin menyewa.Tetapi sekiranya kita sudah tahu bahawa seseorang itu merupakan tuan rumah yang mempunyai banyak rumah untuk disewa,maka lebih baik jika kita terus berhubung secara langsung dengan mereka.Melalui cara ini,kita tidak perlu lagi untuk membayar ammulah.

Faktor yang menentukan nilai sewa sesebuah rumah

  1. Kawasan:Sebagai contoh jika di Munirah,harga minimum bagi sebuah rumah sewa ialah LE1500(hanya relevan pada tahun artikel ini ditulis.Hendaklah dinilai semula setiap tahun).Agak sukar untuk mendapatkan nilai yang lebih rendah.Jika adapun,itu hanya kes-kes yang terpencil.Jika di Zinhum,Abu Risy dan Sayeda Zeinab kita masih boleh mendapatkan rumah dalam linkungan LE 800-1500.Kita sebenarnya boleh membuat penilaian sendiri mengenai harga minimum rumah sewa di satu-satu kawasan dengan membuat ‘survey’ secara rambang terhadap rumah-rumah yang telah disewa oleh pelajar-pelajar Malaysia di kawasan berkenaan.Jika kawasan berkenaan mempunyai kemudahan pengangkutan yang elok seperti stesen bas,Metro serta mempunyai banyak kedai dan prasarana,semuanya akan mempengaruhi nilai sewa rumah tersebut.
  2. Tingkat:Semakin rendah kedudukan tingkat rumah berkenaan semakin mempengaruhi nilai sewa.Sebagai contoh,rumah di tingkat 6 yang tiada kemudahan lif lebih murah dibandingkan rumah di tingkat 1.
  3. Bilangan dan saiz bilik:Semakin bertambah dan saiz bilik semakin bertambah nilai sewa.
  4. Keadaan rumah:Jika rumah itu kelihatan masih baru atau baru pertama kali diduduki juga akan mempengaruhi nilai sewa.Rumah yang mempunyai lantai mozek yang lawa tidak sama nilai sewanya dengan rumah yang tiada lantai mozek.
  5. Perabot(Mafrusyah):Rumah yang telah ada perabot lebih tinggi nilai sewanya dengan rumah yang kosong.
  6. Perkhidmatan bawwab:jika ada disediakan akan mempengaruhi nilai sewa.
  7. Kemudahan lif

Persoalan berkenaan proses untuk akad sewa rumah

Sekiranya kita sudah menjumpai rumah yang sesuai untuk diduduki,adalah amat disarankan untuk terus membuat akad pada hari itu juga.Hal ini kerana kita perlu tahu bahawa di setiap kawasan adanya ramai lagi simsar yang lain serta individu-individu yang sedang mencari rumah untuk disewa.Jika ditangguhkan bimbang akan dikebas orang lain.Dalam hal mendapatkan rumah perlu guna konsep ‘siapa cepat dia dapat’.Ada seorang simsar namanya Magdi yang selalu berurusan dengan saya selalu berpesan:”khairul bir man ‘aajiluhu”(sebaik-baik kebaikan adalah bagi sesiapa yang mendahului untuk mendapatkannya).

Perlu diingatkan bahawa tiadanya istilah ‘cop’ dalam mendapatkan rumah sewa.Untuk cop rumah berkenaan kita perlu terus akad untuk memastikan rumah itu benar-benar sudah menjadi milik kita.Untuk urusan akad biasanya terdapat tiga jenis bayaran yang perlu dilakukan:

  1. Bayaran sewa sebulan untuk bulan pertama
  2. Bayaran ta’min(umpama insurans rumah.Kita hanya akan dapat balik apabila keluar dari rumah berkenaan mengikut tempoh yang dipersetujui dalam keadaan rumah seperti sedia asal tanpa ada sebarang kerosakan di dalam rumah.Jika kita keluar awal dari tempoh yang dipersetujui dalam akad atau adanya kerosakan rumah berkemungkinan kita tidak akan mendapat balik duit ini atau mendapat nilai yang lebih rendah)
  3. Bayaran amulah(ini sebagaimana yang diterangkan di atas.Kebiasaannya nilai bayaran ini sama dengan nilai sewa sebulan)

Dalam kebiasaan urusan akad saya dengan tuan rumah,saya memastikan harga sewa rumah berkenaan tetap,tidak naik dan turun dalam masa paling kurang dua tahun.Lebih daripada itu,biasanya agak susah.Hal ini sangat penting untuk mengelakkan kita berpindah setiap tahun disebabkan harga sewa yang meningkat setiap tahun.

Kesimpulan
Semoga maklumat ini membantu serba sedikit sahabat-sahabat dalam mendapatkan rumah yang terbaik,selesa dan murah untuk disewa.Jika ada sebarang tambahan maklumat atau komen bolehlah salurkan di ruangan komen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: