Rakaman Audio Majlis Ramah Mesra Ustaz Abdullah Zaik

UStaz Abdullah Zaik(kiri) bersama Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyeh(kanan)

 

Semalam di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah(ARMA) berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Ustaz Abdullah Zaik b. Abdul Rahman yang merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA).Turut hadir isteri beliau,Ustazah Nor Solehah merupakan Ketua Wanita ISMA.Dalam majlis ini,Ustaz Abdullah Zaik telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Visi & Halatuju ISMA Dalam Perjuangan Agenda Ummah”.Selepas dari itu,diadakan sesi soal jawab antara hadirin yang hadir dengan Ustaz Abdullah Zaik dan isterinya.Berikut merupakan persoalan-persoalan penting yang ditimbulkan semalam:

  1. Arus globalisasi dan liberalisasi yang melanda begitu pantas dalam kalangan umat Islam masa kini,tidak terkecuali umat Islam di Malaysia khususnya berbangsa Melayu yang menjadi majoriti umat Islam di tanah air.
  2. Hanya ummah yang mempunyai agenda dan matlamat sahaja yang mampu menangkis dan menahan arus globalisasi dan liberalisasi ini.
  3. Jati diri dan keperibadian Islam pada diri individu,keluarga,masyarakat dan negara merupakan benteng dan pertahanan terakhir yang harus dipertahan untuk melawan arus globalisasi dan liberalisasi.
  4. Kepentingan membentuk kesedaran politik di tanah air berasaskan kepentingan keseluruhan ummah,dalam erti kata lain membina generasi celik politik.
  5. Pada asasnya,Islam menerima kepelbagaian dalam sesuatu perkara.Sebagai contoh kepelbagaian mazhab dalam Islam,kepelbagaian qaul(pendapat) dalam satu-satu mazhab,kepelbagaian bacaan qiraat dalam membaca al-Quran dan lain-lain.
  6. Menerima kepelbagaian(ta’addudiah) amat diperlukan lebih-lebih lagi pada masa kini untuk memastikan kita sentiasa relevan dalam menentukan hala tuju dan masa depan.
  7. Persoalan berbilang-bilang jemaah di Malaysia.
  8. Slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” yang diperkenalkan hanyalah wasilah(jalan) untuk menyatukan kembali serta membentuk jati diri golongan sasaran iaitu orang Melayu yang merupakan majoriti umat Islam di Malaysia demi mengangkat kembali kegemilangan Islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.Bagaimanapun,orang Islam yang berbangsa Cina dan India tidak dipinggirkan begitu sahaja dalam agenda ISMA.
  9. Dan banyak lagi…

 

Untuk mendengar sendiri rakaman audio majlis ini,sila klik sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: