Kalau Tak Boleh Buat,Jangan Halang Orang Lain Buat

Di satu pagi yang menyegarkan,Ali seperti biasa ke kedai kopi.Roti canai dan teh tarik sudah menjadi satu kewajipan kepadanya bila bertandang ke situ.Di hujung sudut kedai, kawan baik Ali, Abu, kelihatan sedang khusyuk membaca surat khabar.Lalu Ali segera menghampirinya:

Ali: Assalamualaikum (sambil menghentak sedikit meja di hadapan Abu

Abu: Waalaikumussalam.Eh, Ali.Ingat sape.Buat terkejut aku la ko ni.

Ali: Khusyuk nampak baca paper. Ape berita terbaru bro?

Abu: Ala, macam biasa la. Tak abis-abis cerita sal politik.Naik muak dah aku ni.

Ali: Biasa la tu. Lagipun, dah nak dekat pilihan raya dah pon.

Abu: Eh, aku nak tanyer skit ni. Tapi ko jangan marah kat aku.

Ali: Ape die? Bunyi cam serius je.

Abu: Aku tengok ko bukan main rapat dengan Joe tu sekarang. Ape cerita? Ko bukan tak tau die tu mat motor kampung ni.

Ali: Kenapa? Salah ke kalau aku kawan dengan dia?

Abu: Salah tu tak salah. Tapi ko kena ingat, berkawan dengan tukang buat minyak wangi ko dapat bau wanginya.Tapi kalu ko berkawan dengan tukang besi ko dapat jugak.Ko akan dapat bahang panasnye Li.

Ali: Aku tau tu Bu. Tapi aku kesian la kat die. Joe tu satu kelas dgn kita dulu. Bukan je satu kelas,satu kampung lagi.Di kampung ni,mane ade orang yang berani nak dekat dgn die. Mat ayah die sndiri pn dah naik pening kepala.

Abu: Dah ko tau tak de orang nak kawan dengan dia, yang ko sibuk nak rapat dengan dia, apasal?

Ali: Abis tu,ko nak biar cam tu je. Biar mati katak tengah jalan racing motor. Cam tu?

Abu: Bukan camtu. Tapi orang cam Joe tu kepalanya memang dah keras dah. Berbuih mulut orang kampung bagi nasihat sebelum ni. Dia buat tak endah je.

Ali: Memang la. Yang duk gi nasihat die tu orang2 tue kampung kite. Tunggu mase je. Mane la pakcik2 tu tau jiwa remaja zaman sekarang.

Abu: Tapi aku pn dah bagi nasihat kat die sblum ni. Aku ajak die solat jemaah kat masjid selamba jer dia kata:”Ko gi la solat kat masjid sndiri. Yang ko sibuk sal aku kenaper? Kubur nanti asing2?”

Ali: Ha2.Ali2. Yang ko gi ajak solat jemaah apehal? Ko tau tak solat 5 waktu die tu pn belum tentu cukup.

Abu: Tapi tu kan benda fardhu ain. Haram hukumnya kalu tak buat.

Ali: Ko jangan samakan die dengan ko,Bu.Die tu belajar sekolah teknik. Sekolah tu pulak terkenal dengan sekolah budak2 jahat. Ko lain la, ko belajar sekolah agama. Dapat didikan agama yang lebih.

Abu: Abis tu, camana lagi aku nak buat?

Ali: Sebelum ko nak ajak orang pada kebaikan, ko kena faham dulu situasi dia. Tengok dulu latar belakang die,latar belakang pendidikan die.Dari situ,baru ko buleh ambil langkah seterusnya.

Abu: Aku dah buat dah. Aku dah cakap2, tanye die camana hidup die skrg.Pah tu, aku nasihat la die sket.Ajak die ke masjid.

Ali: Ko cepat sgt nak suruh orang berubah. Ko pun tau dah berapa tahun die tak pernah jejakkan kaki kat masjid. Kalu ade pn,tu pn semasa hari raye jer. Kita kena faham ego die sbgai mat rempit. Malu la die nanti kalu kwn2 rempit dia tau prgi msjid. Msti kena kutuk2 punyer.

Abu: Aku tak pernah fikir pulak camtu.

Ali: Tu la. Lain kali fikir bagi abis. Ko tu belajar tinggi2 saje, benda cam ni pun tak boleh nak fikir?

Abu: Ok2 lah. Aku tau bab ni aku tak reti sgt. Abis tu, camana ko boleh masuk dgn die?

Ali: Kita ni kalau nak masuk dengan orang kena ikut cara orang tu. Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu mengembu.Tak gitu?

Abu: Ada ke peribahasa cam tu?

Ali: Ala tak kisahlah ade ke tak. Mase ko cakap tu tak boleh lah tunjuk sangat seolah2 die tu teruk. Ko layan je dulu perasaan die. Ko jangan buat die jadi janggal dengan ko. Apa yang lebih penting, ko jangan sekali-kali paksa dia buat sesuatu yang die sndiri pn tak nak buat. Sebenarnya bukan dia tak nak buat, tapi dia masih belum jelas dan betul2 faham. Apatah lagi kalu benda tu menjejaskan egonya sebagai mat rempit kat kampung ni.

Abu: Tapi kalu ko nak tau. Orang2 kampung semua dah pandang serong kat ko. Diorang ingt dengan ko2 sekali nak jadi mat rempit.

Ali: Kalu aku nak jadi mat rempit, ko dah tak kan nampak batang hidung aku lagi kay masjid. Aku kawan dgn dia bukan sebab nak ikut perangai die. Aku cuma nak betulkan die walaupun sedikit.Tu je. Aku pun tau batas2 nak berkawan dengan orang macam Joe tu.

Abu: Bagus la kalu camtu. Aku bukan apa.Aku cuma tak tahan kata2 orang yang duk mengata sal ko kat belakang.

Ali: Biasa la Li. Selagi manusia tu ade mulut memang diorang takkan berhenti bkata2. Cuma satu jer nasihat aku, kita ni kalau rasa tak mampu nak buat sesuatu perkara, jangan halang orang lain buat. Buat senyap sudah.Ni duk kata macam2 kat orang.Bukan dapat pahala, dapat dosa ade la.

Abu: Tul tu. Orang Melayu memang cam tu. Tak leh tengok orang lain berjaya sket, nak dicantasnya terus. Em,mane roti canai ko Li,tak sampai2 lagi ni? Ko dah order lum?

Ali: Ye tak ye gak. Sibuk borak dengan ko, lupe plak roti canai aku. Mungkin Pak Cik Hassan terlupa kot. Jap, aku nak ke kaunter jap..

-TAMAT-

P/S: Perbualan ini boleh diadaptasikan ke dalam apa jua bentuk keadaan mad’u(orang yang didakwah) sama ada yang berlatarkan politik,perniagaan,pendidikan,sosial dan sebagainya.Harap dapat mengambil manfaat.Apa yang penting,kalau rasa diri tak boleh buat,jangan halang orang lain buat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: