Islam Itu Penyelesaian

Hari ini kita melihat pelbagai masalah dan kerosakan berlaku di atas muka bumi ini.Dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada perkara-perkara yang besar.Kerosakan berlaku dalam setiap lapisan masyarakat dan penjuru kehidupan.Bermula daripada rakyat bawahan sehinggalah kepada pemipin-pemimpin atasan.Semuanya ini berlaku tidak lain dan tidak bukan kerana disebabkan oleh tindakan-tindakan manusia itu sendiri yang tidak melaksanakan apa yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. untuk kehidupan mereka.Firman Allah s.w.t.:

Telah berleluasa kerosakan di  daratan dan di lautan disebabkan oleh apa yang telah dilakukkan oleh tangan-tangan manusia,untuk Allah mengkehendaki agar mereka merasai sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,mudah-mudahan mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”(surah ar-Rum,ayat 41)

Ayat al-Quran di atas memberikan makna dan erti yang besar bagi kita untuk merenungi dan mengambil pengajaran daripada realiti yang berlaku pada hari ini.Jika kita seorang yang celik dengan keadaan semasa umat Islam,kita akan mendapati bahawa umat Islam sekarang sedang sakit tenat yang tengah terlantar dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jangkitan virus dan bakteria perosak yang disebarkan ke seluruh dunia (pandemic) oleh musuh-musuh mereka.Walaupun secara fizikalnya kelihatan sihat  namun secara rohaninya benar-benar memerlukan rawatan kecemasan yang segera.Dalaman mereka sudah terlalu padat dengan sel-sel yang telah mati dan rosak(necrosis) akibat kesan pantas(acute) yang dilakukan oleh virus dan bakteria perosak berkenaan.Hampir-hampir sahaja jantung hati mereka berhenti berfungsi(heart failure).Sabda Nabi s.a.w.:

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Tsauban:”Apa pandangan engkau wahai Tsauban sekiranya jika umat-umat manusia datang kepada kamu sebagaimana mereka datang ke atas satu dulang makanan dan mengambil tindakan ke atas kamu? Tanya Tsauban: Wahai Rasulullah,adakah kita sedikit pada waktu itu? Jawab baginda s.a.w.: “Tidak,bahkan kamu semua pada waktu itu ramai,tetapi jantung-jantung hati kamu telah dijangkiti al-Wahn”. Sahabat-sahabat bertanya: Apa itu al-Wahn wahai Rasulullah?.Jawab baginda s.a.w.: “Kamu cintakan dunia dan takut untuk berperang(berjihad)” (HR Ahmad,Tabrani,Abu Daud,isnad jayyid menurut penilaian Ahmad)

Rupa-rupanya seribu tahun yang lepas Rasulullah s.a.w. telah pun memberikan kesimpulan(diagnosis) yang tepat akan penyakit yang melanda umat Islam pada hari ini iaitu disebabkan oleh virus al-Wahn.Virus inilah yang telah menyebabkan umat Islam cintakan dunia  dan takut untuk keluar berjihad atau mati.

Benar,Islam tidak memusuhi dunia.

Katakanlah siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan  untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik?Katakanlah semua itu untuk orang-orang beriman dalam kehidupan dunia dan khusus(untuk mereka sahaja) pada hari kiamat.Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat untuk orang-orang yang berilmu”(surah al-‘Aaraf,ayat 32)

Tetapi,Islam memusuhi dunia apabila ia menjadi segala-galanya buat manusia melebihi akhirat.Dunia telah menempat di dalam jantung hatinya sehingga sukar untuk dia melepaskan ikatan dunia daripada dirinya.Ada  satu doa menarik yang sepatutnya perlu diamalkan dan dihayati oleh kita iaitu: “Ya Allah janganlah engkau jadikan dunia itu menjadi sebesar-besar kerisauan kami dan menjadi takat penuh pengetahuan kami“.

Perancangan musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam melalui dunia ini cukup banyak.Sama ada kita mahu atau tidak, kita pasti akan terjerumus dalam perangkap mereka setiap masa jika kita tidak benar-benar berhati-hati dengan perancangan mereka.Sehinggakan mereka yang terlibat dalam jalan dakwah pun kadang-kadang akan tersadung dan terjerumus dalam agenda licik mereka.

Agenda mereka mahu jadikan kita leka dengan  pelbagai kemewahan dan keseronokan dunia yang ada.Contoh paling mudah ialah melalui jalan hiburan dan sukan.Sekali lagi diingatkan bahawa Islam tidak memusuhi hiburan dan sukan yang tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh syarak.Walaubagaimanapun,golongan-golongan yang mempunyai kesedaran agama terutamanya perlu sedar bahawa hiburan dan sukan ini merupakan jarum yang paling tajam yang terkena pada umat Islam pada hari ini sehinigga mereka lalai dengan dunia mereka sendiri.Sebenarnya bukanlah umat Islam tidak mempunyai sensitiviti terhadap nasib yang menimpa saudara se-Islam mereka di Palestin umpamanya,tetapi mereka telah lalai dan sibuk untuk mengikuti perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku kepada pemain-pemain dan kelab-kelab bola sepak mereka sehingga mereka menyebabkan mereka lupa akan nasib umat Islam di negara lain.Tempias ini dirasai juga oleh golongan yang berada di atas jalan dakwah.

Akhirnya,disebabkan terlalu selesa dengan kemewahan dan keseronokan dunia,umat Islam akhirnya takut untuk mati meninggalkan dunia.Mereka mahukan apa yang dimiliki sekarang bertambah berlipat kali ganda.Hasil daripada rasa takut untuk mati itulah yang menyebabkan semangat jihad dalam kalangan umat Islam sekarang cukup rendah.Sekadar melaungkan slogan jihad melalui kata-kata dan status di Facebook tidak cukup.Buktikan dengan amalan dan perbuatan harian.Sejauh manakah kita benar-benar telah istiqamah dalam ibadah harian kita,menjaga masa,bercakap hanya perkataan-perkataan yang baik-baik,bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi,dan banyak lagi.Banyak manakah idea dan projek yang telah kita jana untuk menyumbang untuk agama dan umat Islam?

Marilah kita kembali semula kepada Islam yang sebenar.Islam sebagaimana yang difahami oleh Nabi s.a.w. para sahabat r.ahum.Hanya Islam sahajalah penyelesaian kepada semua kemelut yang melanda negara kita termasuklah isu-isu politik sekarang.Ambillah masa untuk membuka,membaca,rujuk dan memahami isi-isi yang terkandung dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w kerana di situ adanya penyelesaian.Apa yang menjadi teras dan prinsip Islam itu mestilah ditegakkan sekalipun bertentangan teras dan prinsip masyarakat dunia pada hari ini.

2 Responses to Islam Itu Penyelesaian

  1. nur dhuha says:

    ya Allah landaskan aku di ats jlan mu…jalan menuju syurgamu…ya Allah aku rindu padanya….

  2. cahaya says:

    Allahumma thabbit qulubana ala deeni’ wa ala toriqu dakwati’…. ameen ya Rabb…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: