Pemuda Harapan Ummah

Rata-rata penulis dan penganalisis politik semasa merumuskan bahawa revolusi yang telah dan sedang berlaku di negara-negara Timur Tengah berjaya dicetuskan disebabkan oleh dua faktor utama iaitu;kekuatan pemuda dan kemudahan teknologi.

“The power of youth in creating social change is proven yet again by the recent youth revolutions in the Middle East. As youth became disillusioned with their governments, they used the power of technology and youthful idealism to topple decades-long dictatorship. In response to these events, Fareed Zakaria observed: “there are two fundamental reasons the tensions that have been let loose in the Middle East… are unlikely to disappear, and they encompass two of the most powerful forces changing the world today: youth and technology.” (sumber: http://www.transformationalleadershiphq.com/the-power-of-youth-in-changing-the-world/)

Pemimpin diktator Jerman, Adolf Hitler, semasa di era pemerintahan kuku besinya juga telah menggunakan pengaruh golongan pemuda yang ada di negaranya bagi menyokong dan mendokong agenda,misi dan visi perjuangannya.Beliau telah mengharamkan semua kumpulan pemuda yang wujud ketika itu terutamanya yang berorientasikan agama, sebaliknya menubuhkan pertubuhan pemuda yang menjadi tulang belakang kepada pemerintahannya.

“Adolph Hitler understood the power of young people. After he came to power in Germany in 1932 one of the early actions he took was to outlaw all youth groups, especially the religious ones. In their place he formed the Hitler Youth and the German League of Young Girls. In these organizations young people were taught to revere Hitler and serve him without question. The boys were taught that it would be an honor to lay down their lives for Fatherland and Fuhrer. The girls were taught that it was their duty to bear children and obey the Fuhrer. The youth of Germany were taught that they were the master race and it was their destiny to dominate the world. What happened as a result of Hitler harnessing the power of youth? A significant portion of this generation of German youth committed horrible atrocities in the name of their Fuhrer. In fact, Hitler did such a good job indoctrinating a generation that it was a detachment of Hitler Youth who died in the final battle for Berlin in 1945.”(sumber: http://www.churchesofchrist.net/authors/Grady_Scott/power-of-youth.htm)

Hal ini menjadi bukti yang sangat jelas bahawa kekuatan dan kelebihan yang ada pada golongan pemuda akan sentiasa digunakan sepanjang zaman oleh  mana-mana gerakan serta aliran yang wujud di dunia ini bagi membolehkan cita-cita,agenda dan matlamat perjuangan tercapai.

Kelebihan pemuda

Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Wajibus Syabab al-Yaum (Kewajipan Pemuda Pada Hari Ini) telah menyebut:

“Remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan dan semangat yang kuat kerana ia adalah pertengahan umur dan pertengahan setiap perkara adalah yang terbaik.Ketika mana matahari berada di tengah langit pada waktu tengah hari, cahayanya bertambah kuat dan lebih panas”(Terjemahan Wajibus Syabab,terbitan BPI PERUBATAN,m/s 8 )

 Pemuda merupakan golongan yang penuh dengan kekuatan dan kemampuan.Mereka mampu melaksanakan sesuatu dengan pantas dan penuh semangat.Mereka juga mampu mengeluarkan idea-idea baru dan bernas yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini.Mereka juga tidak mudah berputus asa.Selagi mana matlamat  mereka belum tercapai, mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai ke arah itu.Oleh sebab itu, kebanyakan usahawan dan jutawan dunia yang berjaya pada hari ini seperti pengasas Microsoft,Bill Gates adalah terdiri daripada golongan pemuda.

“Young people have the power and the energy. They talk fast. Think fast. And go about their business fast! When young people are hit by an idea, the world should beware because it may never be the same again! Thousands of entrepreneurs around the world are young. Lots of billionaires today started their companies at a young age. Bill Gates and Steve Jobs started their own companies when they were barely out of their teens. Mark Zuckerberg, founder of the mammoth social networking site Facebook, was only 23 when he became a billionaire. Right now, hundreds, or probably thousands of youth in their twenties are carving their own mini-empires in different sectors all over the world.”(sumber: http://www.transformationalleadershiphq.com/the-power-of-youth-in-changing-the-world/)

 Pemuda contoh

Jika kita menyoroti semula sirah Nabi Muhammad s.a.w., kita akan mendapati golongan awal yang membawa dakwah Islam di peringkat Mekah adalah kebanyakannya terdiri daripada golongan pemuda.

“Junjungan kita Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul tatkala baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut baginda pada generasi pertama kebanyakannya juga daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil. Usia para pemuda Islam yang dibina pertama kali oleh Rasulullah saw di Daarul Arqaam pada tahap pembinaan, adalah sebagai berikut: yang paling muda adalah 8 tahun, iaitu Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun, Al Arqaam bin Abil Arqaam 12 tahun, Abdullah bin Mazh’un berusia 17 tahun, Ja’far bin Abi Thalib 18 tahun, Qudaamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia dibawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan Al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun, Umar bin al Khathab 26 tahun, Abu Ubaidah Ibnuk Jarrah dan ‘Utbah bin Rabi’ah, ‘Amir bin Rabiah, Nu’aim bin Abdillah, ‘ Usman bin Mazh’un, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf di mana kesemuanya sekitar 30 tahun, Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun, Abu Bakar Ash Shiddiq 37 tahun. Hamzah bin Abdul Muththalib 42 tahun dan ‘Ubaidah bin Al Harith yang paling tua di antara mereka iaitu 50 tahun.”(sumber: http://islamsyumul.blogspot.com/2006/09/pemuda-harapan-islam.html)

Rasulullah s.a.w. dalam strategi dakwahnya telah meletakkan golongan pemuda di posisi hadapan.Antaranya Usamah bin Zaid telah dilantik oleh Nabi s.a.w sebagai komander untuk memimpin pasukan kaum muslimin menyerbu wilayah Syam (saat itu merupakan wilayah Rom) dalam usia 18 tahun sedangkan ketika itu terdapat orang yang lebih tua daripada Usamah, seperti Abu Bakar, Umar bin Khathab dan lain-lainnya.(Sohih Bukhari VII/266 dan 302).

 Jaafar bin Abu Talib pula telah dihantar oleh Nabi s.a.w.  ke Habsyah mewakili umat Islam berhijrah ke sana. Kebijaksanaan beliau dalam berbicara dengan Raja Najasyi menyebabkan umat Islam terselamat daripada tuntutan pihak Quraisy supaya umat Islam di sana dihantar semula ke Mekah.

Sepupu Nabi s.a.w, Ali bin Abu Talib telah menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w. ketika hari Nabi s.a.w. ingin berhijrah. Beliau telah mempertaruhkan nyawanya sendiri ketika itu kerana pada waktu itu pihak Quraisy benar-benar nekad ingin membunuh baginda s.a.w.

Seterusnya Nabi s.a.w. telah menghantar Mus’ab bin ‘Umair ke Madinah untuk menyampaikan dakwah Islam di sana.Begitu juga dengan Mu’adz bin Jabal telah dihantar oleh baginda s.a.w. berdakwah di Yaman.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa golongan pemuda merupakan tonggak utama dalam membantu perkembangan dakwah Islam pada zaman Nabi s.a.w..Oleh sebab itu,Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.”(Muttafaqun ‘Alaih)

Ciri-ciri pemuda harapan

Imam Hassan al-Banna r.h. telah menyebut dalam risalahnya yang bertajuk Ila Syabab Wa Ila Tholabah Khossah(Khusus Kepada Pemuda Dan Penuntut Ilmu):

“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keimanan, keikhlasan, semangat dan amal(bergerak) adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.”(Majmu’ah Rasail,cetakan Dar al-Dakwah,m/s 91)       

 1.       Keimanan:

 Iman dari segi bahasa bermaksud percaya dan yakin. Jika kita membaca sejarah mana-mana gerakan, langkah pertama yang akan dilakukan adalah menerapkan keyakinan dan kepercayaan ahli kepada pimpinan serta kebenaran perjuangan mereka. Inilah juga yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang ada dalam dunia ini. Bezanya dengan gerakan Islam, di samping menanam kepercayaan dan keyakinan ahli kepada pimpinan, mereka terlebih dahulu dihidupkan keyakinan dan kepercayaan mutlak bahawa Allah s.w.t. sahajalah yang layak disembah dan diabdikan diri. Penyembahan diri kepada Allah s.w.t. bukan semata-mata berkaitan dengan soal ibadah khususiah bahkan meliputi aspek kehidupan. Mereka beriman dan yakin sepenuhnya bahawa hanya agama Islam yang diturunkan Allah s.w.t. yang mampu memimpin dan menyelamat manusia daripada kebinasaan. Atas keyakinan inilah yang menolak para pendokong gerakan Islam untuk terus bergerak membawa agama ini. Inilah juga yang telah menolak golongan pemuda yang disebut dalam al-Quran sebagai ‘ashabul kahf’ untuk terus tetap berpegang teguh dengan perjuangan Islam dan menolak kepercayaan-kepercayaan karut masyarakat mereka.

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”(surah al-Kahf,ayat 13)

 2.       Keikhlasan

Ikhlas bermaksud kita hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. semata-mata tanpa mengharapkan habuan dan kepentingan diri. Sifat ini sangat penting bagi seorang pemuda untuk terus bergerak kerana dalam perjuangan menegakkan Islam mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya. Tiada di sana ganjaran habuan,pangkat serta harta di akhir perjuangan ini melainkan hanya syurga Allah s.w.t..

Lihatlah bagaimana kisah salah seorang sahabat yang bernama Suhaib ar-Rumi yang ingin berhijrah ke Madinah,dalam perjalannya beliau telah diekori oleh sekumpulan Quraisy.Apabila beliau menyedari akan hal ini,beliau mengambil bekas anak panahnya dan diletakkan di hadapannya sambil berkata “Demi Allah! Sesungguhnya kamu semua telah mengetahui bahawa aku adalah seorang pemanah yang mahir.Demi Allah! Kamu tidak akan dapat menghampiriku sehinggalah aku memerangi kamu semua dengan kesemua anak panahku ini.Kemudian aku akan perangi kamu dengan pedangku sehingga aku terbunuh.Sekiranya kamu inginkan harta,aku akan tunjukkan di manakah hartaku.Hartaku tersimpan di tempat sekian-sekian”.Mereka(orang Quraisy) pun terus meninggalkan beliau dan mengambil hartanya.Ketika Suhaib ar-Rumi tiba di Madinah,baginda s.a.w. telah bersabda kepadanya: “Jual beli Abu Yahya(Suhaib) telah mendapat keuntungan”.Lalu Allah menurunkan firman-Nya:

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat Belas Kasihan terhadap hamba-hambaNya”(surah al-Baqarah,ayat 207)

 3.       Semangat

 Sifat inilah yang membezakan golongan pemuda.Ia tidak dimiliki oleh mereka yang sudah lanjut usianya.Bukan kerana lemah semangat tetapi lemahnya kudrat dan tenaga,saat usia di hujung senja. Ada kisah yang sangat menarik menceritakan semangat para sahabah Nabi s.a.w. itu tinggi ingin turut serta berjuang dan berjihad bersama-sama dengan baginda s.a.w.

“Abdullah bin Umar pula telah memiliki semangat juang yang bergelora untuk berperang sejak berumur 13 tahun. Ketika Rasulullah saw sedang mempersiapkan barisan pasukan pada perang Badar, Ibnu Umar bersama al Barra’ datang kepada baginda seraya meminta agar diterima sebagai prajurit. Saat itu Rasulullah saw menolak kedua pemuda kecil itu. Tahun berikutnya, pada perang Uhud, keduanya datang lagi, tapi yang diterima hanya Al barra’. Dan pada perang Al Ahzab barulah Nabi menerima Ibnu Umar sebagai anggota pasukan kaum muslimin”(Shahih Bukhari VII/266 dan 302).

 4.       Amal (Bergerak)

 Ciri terakhir inilah yang akan menentukan sama ada pemuda itu benar-benar telah mempunyai keimanan yang teguh,keikhlasan yang tulus serta semangat yang berkobar-kobar. Mustahil pemuda yang memilki ketiga-tiga ciri di atas akhirnya duduk berdiam diri melihat masalah yang banyak berlaku di sekelilingnya tanpa berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ketahuilah bahawa dengan amal akan menentukan pemuda itu sama ada hidup untuk ummah atau hidup sekadar untuk diri sendiri.

Dan katakanlah: Beramallah kamu,maka Allah akan melihat amalan kamu,begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang beriman,dan kamu akan dikembalikan kepada(Allah) Yang Maha Mengetahui Yang Ghaib Dan Yang Nyata,kemudian akan diceritakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan”(surah at-Taubah,ayat 105)

Pemuda di abad ke-21

Suasana ketika di zaman Nabi s.a.w. sudah tentu tidak sama dengan suasana sekarang.Pemuda yang lahir pada hari ini terdedah dengan lebih banyak ancaman dan serangan berbanding pemuda yang hidup seribu tahun yang lepas.Hari ini,kita terdedah dengan arus liberalisasi dan globalisasi yang melanda kuat ke seluruh dunia Islam.

Pemikiran dan ideologi yang menyimpang daripada kefahaman Islam yang sebenar tersebar meluas dalam kalangan umat Islam.Budaya serta cara fikir orang Islam seakan-akan sudah tidak ada bezanya dengan orang Barat.

Musuh-musuh Islam pada hari ini tidak lagi melancarkan serangan secara fizikal ke atas umat Islam sebaliknya mereka telah menyusun strategi baru untuk menghancurkan golongan pemuda Islam melalui 5S iaitu Song(memberikan hiburan melampau),Sex(memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas),Sport(menganjurkan sukan yang membuka aurat),Stim(dadah, arak dll)serta Strok (Otak menjadi beku dan tidak dapat berfikir lagi untuk kepentingan umat).

Pilihan di tangan sendiri

Maka, generasi pemuda pada hari ini mestilah mempersiapkan diri dengan keempat-empat ciri yang disebutkan di atas.Mereka tidak seharusnya membazirkan masa walau sesaat dalam perkara yang tidak memberi faedah kepada kepentingan umat dan agama, sebaliknya mereka sepatutnya sentiasa berfikir dan bekerja ke arah bagaimana ingin mengembalikan semula kegemilangan Islam suatu masa dahulu.

Namun,akhirnya semua ini terletak pada pilihan sendiri.Sama ada ingin termasuk dalam mereka yang menjadi harapan kepada ummah ataupun menjadi haprak kepada ummah?

“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa) Dia(Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu”(Surah Muhammad,ayat 38)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: