Kerja Daie

July 27, 2011

Bukan kerja seorang Da’ie untuk menghukum sesuatu maksiat,mengkritik dan mengata-ngata maksiat yang dilihatnya..tetapi kerja seorang Da’ie adalah berfikir bagaimana agar maksiat itu dapat dibuang dan perkara yang hak dapat dizahirkan…dan perkara itu memerlukan proses yang panjang…satu orang yang duduk dalam bilik yang gelap,kemudian dia mencaci maki kegelapan sekelilingnya…sebanyak mana pun caciannya,gelap itu takkan hilang..namun lain perihal jika dia berfikir sejenak bagaimana gelap itu dapat dihilangkan,kemudian dia bangun dan memetik suis lampu,maka hilanglah gelap tadi tanpa perlu banyak bicara…


10 Perkara Ketika Ramadhan:Katakan Tidak

July 19, 2011

“Sia-sialah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya” (HR Bukhori)

1)Solat Maghrib di rumah

2)Memenuhkan perut (dengan makanan secara berlebih-lebihan) ketika berbuka

3)Meninggalkan solat Tarawih di masjid

4)Tidak berdoa ketika berbuka

5)Tidak melakukan muhasabah setiap hari

6)Melakukan perkara-perkara melalaikan (lagho) dan berlebihan dalam bergurau sepanjang berpuasa

7)Tidur selepas berbuka dan sebelum Isyak

8)Lemah dan pasif pada siang hari Ramadhan

9)Berlebihan ketika membelikan makanan dan minuman (untuk berbuka)

10)Menonton program-program televisyen yang tidak baik dan meruntuhkan nilai akhlak.

Rujukan: الى عشاق رمضان, محمد سعيد مرسى, مؤسسة اقرأ

 

 


Mereka Yang Gagal Memahami Erti ‘Zina Hati’

July 9, 2011

*Artikel ini agak panjang dan berilmiah.Ia memerlukan masa yang lama untuk anda memahaminya dengan teliti.

“Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati. Teruskan pembacaan


Ulama Muda UMNO

July 6, 2011

..ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj ‘salafi’ dan saya antara yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..mereka seakan aliran ‘zahiri’ atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai ‘wahabi’..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai ‘wahabi’ ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman ‘konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua..

-Pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150301438397990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1&comments –