Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih Setiap Malam

August 6, 2011

Dikeluarkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Terengganu. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Teruskan pembacaan


Mungkin Ini Yang Terakhir?

August 1, 2011

*Setelah setahun menulis puisi ini,akhirnya mendapat peluang untuk mendeklamasikannya buat kali pertama depan khalayak ramai.Disampaikan semasa program Intilaq Ramadhan 1432H anjuran ISMA-Mesir Sayeda Zeinab.

Untuk kali ini,

Kita bersua kembali,

Dalam damai dan ketenangan hati,

Dalam rentak alunan masa yang mengekori,

Kita terus dapat bersama lagi,

 

Untuk kali ini,

Kau tetap datang dengan membawa seribu macam tawaran untuk dinikmati,

Denganmu adanya rahmat Illahi

Denganmu adanya maghfirah Illahi

Denganmu adanya redha Illahi

Tanpamu,mana lagi adanya semua ini?

 

Untuk kali ini,

Kumasih terus bernafas dalam jiwa abdi,

Kumasih terus tunduk sujud dalam kekerdilan hati,

Kumasih terus berserah diri pada Yang Maha Tinggi,

Kaulah menjadi saksi,

Bukti penyerahan jiwa ini

 

Untuk kali ini,

Inginku bermesra denganmu sepenuh hati,

Inginku sambutmu dengan belaian manja tulus nurani

Kerna dulu engkau seolah ku tak hargai,

Dulu kubiarkan kau berlalu pergi,

Begitu sahaja tanpa sempat kau singgah di hati,

Kulupa janjimu yang murni

 

Untuk kali ini,

Biarlah aku terus mendekati,

Agar kau setia di sisi,

Kerna mungkin ini yang terakhir

Kita bersama?

Oh Ramadhan!

 

temanku,

kalammu benar

kalammu tepat

kalammu padat

 

hampir bertahun aku masukki madrasah itu

madrasah Ramadan

lalu

aku asah imanku

aku bentuk nafsuku

aku gandakan usahaku

 

tapi

bila ia berlalu

bila ia pergi meninggalkanku

segalanya lenyap bagai angin lalu

 

mana Al-quran yang menjadi temanku

mana qiam yang menjadi amalanku

mana zikir yang menjadi basahan bibirku

semuanya lari entah ke mana

aku binggung

sungguh aku binggung

 

teman, lagaknya kamu seperti hamba Ramadan!

 

tidak!

tidak sama sekali!

aku bukan hamba Ramadan

aku bukan…

aku hanya hamba pemilik Ramadan

 

azamku teman,

Ramadan kali ini

menjadi penolak amalku sehingga akhir hayatku

kerna cukuplah redha tuhanku bersamaku~