Solat Istikharah

Tunaikanlah solat walau di mana kita berada

Pernahkah anda keliru dan ragu-ragu dalam membuat keputusan dalam kehidupan bak kata pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapak?Sedangkan keputusan itu bakal mengubah segala-galanya kepada diri anda.Jika tersilap membuat pilihan itu berkemungkinan kita akan menyesal seumur hidup.Apakah jalan penyelesaian kepada kekeliruan in?Ingatlah sebenarnya segala perkara yang telah dan akan berlaku sebenarnya kesemuanya berada dalam pengetahuan dan kehendak ALLAH Azza Wajalla.Maka,kita sebagai hamba kepada-Nya,jika sekiranya menghadapi kekeliruan dalam membuat tindakan,maka lakukanlah solat istikharah dan berdoa kepada-Nya.Mudah-mudahan dalam setiap tindakan kita akan mendapat petunjuk dan kemudahan daripada-Nya.Anjuran menunaikan solat istikaharah ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w:

Jaabir ibn Abdullah al-Salami r.a., katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُهُمْ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ : ” إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ . ”

Rasulullah saw mengajar para sahabatnya melakukan Istikhaarah didalam semua perkara, sebagaimana baginda mengajar mereka surah daripada Al-Quran, Baginda berkata : ‘Jika sesiapa dari kamu perihatin terhadap sesuatu keputusan dia hendak melakukannya, maka lakukan solat 2 rakaat yang bukan dari solat fardu, kemudian berkata : Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya‘” – [Di riwayatkan oleh al-Bukhari #6841, al-Tirmidzi, Al-Nasaa’i, abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad]

Kaifiat solat istikaharah:

  1. Dari hadith di atas, solat istikharah dilakukan 2 rakaat dan ke atas, dan diikuti dengan do’a.
  2. Bagi Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, adalah mustahab setelah membaca Al-Fatihah membaca sura Al-Kaafiruun didalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas didalam rakaat kedua.
  3. Bagi Hanbali dan Fuqaha’ lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah.
  4. Mengenai bila waktu untuk membaca do’a diatas? Ibnu Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra (2/265) mengatakan:”Boleh berdo’a didalam solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan berdo’a sebelum salam adalah lebioh afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw memperbanyakkan membaca do’a sebelum salam, dan berdo’a sebelum salam masih didalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik.

Sumber:Koleksi Soal Jawab Solat

Berikut berkemungkinan persoalan yang timbul mengenai solat istikharah:

1. Apakah perlu kita tidur dahulu sebelum solat isthikharah (spt yg digalakkan sblm solat Tahajud) ?
2. Bolehkah solat isthikharah dilakukan pada bila2 masa? Apakah bacaan yg sesuai selepas fatihah?
3. Doa selepas solat isthikharah lebih afdhal dibaca sewaktu dlm sujud terakhir , selepas tahiyat akhir sblm salam ataupun selepas memberi salam? (kerana kita hanya akan melafaz/mengingati ttg perkara yg kita mohon pentunjuk itu ketika mbaca doa tersebut : “Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..)

Jawapan kepada persoalan berikut ialah:

1. Tidak ada waktu khusus bagi solat Istikharah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Cuma kalau seseorang itu memilih waktu yang mustajab untuk melakukan solat istikharah ia adalah suatu pilihan yang baik. Antara waktu mustajab itu ialah 1/3 akhir malam berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA.

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر, فيقول: من يدعوني فأستجيب له, من يسألني فأعطيه, من يستغفرني فأغفرله

Maksudnya: “Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 akhir malam pada setiap malam, lalu berfirman: “Sesiapa yang memohon kepada aku (ketika ini), aku akan memperkenankannya, sesiapa yang meminta kepada ku, aku akan memberikannya, sesiapa yang memohon ampun kepadaku aku akan mengampunkannya.”

Persoalan: Bolehkan solat Istikharah dilakukan ketika waktu-waktu yang dilarang solat?

Jawapan: Asalnya solat sunat dilarang dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang, melainkan sebahagian para ulama mengecualikan solat sunat yang dilakukan kerana bersebab seperti solat tahiyyatul masjid, solat sunat wudhu dan termasuk solat sunat Istikharah.

Maka jika ada keperluan yang mendesak untuk dilakukan segera solat istikharah itu, lakukanlah ia pada bila-bila masa. Namun jika ada kelapangan untuk melakukannya, lakukanlah ia pada waktu yang mustajab dan jauh dari waktu yang dilarang. (Sila rujuk kitab al-Syeikh ‘Adnan Muhammad ‘Ar’uur, Thalatha Solawat Mahjurah, Dar al-Tabi’ien bi al-Riyadh, m.s. 41-42)

2. Waktunya solat istikharah seperti yang telah dijelaskan di atas. Adapun tentang bacaan selepas al-Fatihah, dia boleh membaca apa-apa surah ataupun ayat al-Quran yang mudah baginya dan sesuai.

3. Doa bagi solat sunat Istikharah yang diajarkan oleh Nabi SAW tempatnya adalah selepas daripada salam berdasarkan sabdaan baginda:

فليركع ركعتين من غير فريضة ثم ليقل…

Maksudnya: “(orang yang punyai hajat untuk beristikharah) hendaklah dia solat dua rakaat sunat, kemudian dia membaca… (doa yang diajarkan oleh Nabi SAW)” (HR al-Bukhari, Ahmad dan selain mereka)

Bukti dalam perkara ini:

Pertama: Perkataan Nabi SAW: “Hendaklah dia solat dua rakaat sunat…” yakni setelah selesai dua rakaat.
Kedua: Perkataan Nabi SAW: “kemudian membaca doa (yang diajar).” Perkataan ثُمَّ yang bermaksud kemudian menunjukkan ia dilakukan selepas selesai solat dan berturutan (lepas solat). Namun ada juga pandangan ulama yang mengatakan doa itu dibaca sebelum salam. Akan tetapi berdasarkan pemilih oleh al-Syeikh ‘Adnan Muhammad ‘Ar’uun adalah seperti yang saya nyatakan di atas.

Wallahu a’lam.

Sumber:Institut Al-Qayyim(IQ)

Lafaz doa solat istikharah untuk paparan lebih jelas

Terjemahan kepada doa di atas:

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Kata Sheikkh Muhammad bin Jamil Ziinuu dari buku beliau Syarh Arkan Al-Islam wa Al-Iman (ms 111), katanya :”Solat dan do’a ini yang kedua-dua dilakukan oleh seseorang untuk dirinya sebagaimana dia minum ubat untuk dirinya, pasti akan Tuhannya dan memohon dari Tuhan akan panduannya yang akan mengarahkannya kearah kebaikkan, dan alamat baik [ditunjukkan] akan memudahkan penyebabnya, dan awaslah dari Istikhaarah yang bid’ah yang bergantung kepada Tidur dan menghisab nama suami atau yang lain dari keduanya, Tidak ada asalnya didalam agama

Akhirnya,semoga kita semua dapat membuat keputusan yang terbaik dalam setiap tindakan kita dengan petunjuk dan hidayah ALLAH s.w.t.

*Setelah membaca artikel ini,sebarkanlah perkara ini kepada orang lain kerana sabda Nabi s.a.w.:”Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”(Riwayat Bukhori).Maka menjadi kewajipan kita untuk menyampaikan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada orang lain berdasarkan kemampuan masing-masing.Sabda  Nabi s.a.w.:”ALLAH akan mencantikkan wajah seseorang yang mendengar daripada kami sesuatu perkara kemudian dia menyampaikannya(kepada orang lain) sebagaimana yang didengari,dan boleh jadi orang yang disampaikan perkara tersebut lebih memahami daripada orang yang mendengar”(Riwayat Tirmizi,hassan sohih).Seterusnya,amalkan perkara yang disebutkan di atas dalam kehidupan kerana amal itu buah kepada ilmu yang kita perolehi.Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

One Response to Solat Istikharah

  1. cempaka says:

    Bagaimana jika seseorang itu membaca doa sembahyang istikharah selepas salam sambil membaca nota yang bertulis doa itu kerana dia tidak menghafal doa sembahyang istikharah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: