Mengapa Perlu Menulis?

April 4, 2010

Mereka yang pernah melalui sistem pendidikan formal ataupun tidak formal tentunya mempunyai beberapa kemahiran antaranya mampu menulis.Kemahiran ini bukanlah boleh diperoleh dengan sekelip mata tetapi memerlukan kepada latihan dan praktis semasa alam sekolah rendah.Lihatlah bagaimana kesungguhan ibu bapa dan guru-guru kita yang berpenat-lelah mengajarkan kita cara untuk menulis sehingga pada hari ini kita mampu menulis dengan baik bukan sahaja dalam bahasa Melayu malah bahasa-bahasa lain.Apabila kita membaca sejarah tamadun manusia,kita mendapati berlakunya perkembangan dan perubahan dalam sistem penulisan.Tulisan jawi pada hari ini tidak sama ejaannya sebagaimana pada zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Begitu juga dengan penulisan rumi. Teruskan pembacaan